Allah Bukan Plan B


Allahu Akbar.
Dia Yang Maha Agung.
Dari Dia kita datang,
Dan Dialah tempatnya kita semua akan dikembalikan.




Apa kamu ingin,kesusahan dan kepayahan Allah datang menyapa,baru mahu mengerti bahawa Allah itu ada?

Sampai bila,menunggu azab Allah datang bertimpa-timpa,baru mengerti status kamu sebagai seorang hamba?

Astaghfirullahal 'azim.
Jangan dibeli redha manusia,dengan menjual redhaNya.


Minta dari DIA.
DIA merancang,dan DIA jualah yang menentukan segala-galanya.

"Dan mereka merancang,Allah juga merancang.Dan Allah sebaik-baik perancang"
[Ali 'Imraan : 54]

p/s: Musim sejuk begini,jangan panaskan diri dengan dosa dan maksiat.Tak tertanggung azabnya panas api neraka kelak.


#Ini pesanan ringkas untuk diri sendiri yang masih belum mengerti.
   Andai bermanfaat buat yang membaca,syukur pada Ilahi.



Ibnbakr,
Alexandria,Mesir.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?