Prolog : Menjejak Bumi Anbiya'




"Mencari sinar keimanan,memimpin jalan meniti kehidupan"


Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.


'Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?'



Sungguh,rasa sangat terpukul.Mengenangkan segala nikmat yang telah Dia kurniakan,rasa seperti sudah tidak sanggup meminta apa-apa lagi.

Sekarang,sedang menghitung hari,sebelum diri ini berangkat ke bumi anbiya'. Bumi barakah penuh hikmah.




Alexandria University.
2011-2017

Faculty of Medicine.
InsyaAllah.


#1.Musafir kali ini,menjejak langkahnya Nabi Musa. Mendidik diri supaya mengambil iktibar dan ibrah daripada Firaun. Bahawa sesungguhnya kita semua sama,cuma kegagalan menafsirkan erti kehidupan itulah yang akan membezakan kedudukan kita di sisi Allah.

#2.Seringkali kegagalan di tengah perjalanan,berpunca daripada kesilapan di titik permulaan.jadi, untuk perjuangan kali ini,ana tekad mencapai 6 perkara yang ana telah tetapkan sedari mula lagi.Yang mana keenam-enam perkara inilah yang menjadikan Timur Tengah terpilih sebagai destinasi seterusnya selepas Smap Kajang. Dan itulah KPI yang ana tetapkan buat enam tahun menimba pengalaman di Mesir.

#3.Alhamdulillah,walaupun tidak dapat menjadi Tetamu Dataran Syams (Jordan),menjejak ardul kinanah ini ana sudah membuatkan ana merasa cukup bersyukur.InsyaAllah,bak kata orang,biarlah dcampak ke laut menjadi pulau,dicampak di daratan menjadi pohon yang merendang,dan dicampak ke angkasa menjadi bintang yang menyinar.

#4.Andai Allah benarkan hambaNya untuk sujud kepada hambaNya yang lain, nescaya ana tunduk dan sujud kepada murabbi-murabbi di Smap Kajang,selepas ummi dan abuya dan Rasulullah,sebagai tanda hormat dan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka.May Allah bless all of you.

=================

#Nota kaki:

1.Flight berlepas 3 Oktober 2011.

2.Ana rasa,ana akan kembali aktif dengan facebook.Dan juga tweeter :) Bimbang ukhuwah itu rapuh dek jarak yang menjauh.  

3.Doa kalian,ana ucapkan jazakumullahu khairan khatsira. InsyaAllah, kejayaan itu milik bersama.

Syukran ya rabb.

"Tiada hari yang bakal berlalu,tanpa aku merasa rindu.."



Comments

  1. Salam...tahniah, mudah2an musafir ke sana membawa berkat untuk diri dan waris (bakal waris)terdekat.. insyaAllah, amin.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dik Wafi..

    Alhamdulillah...:)
    moga dipermudahkan perjalanan..

    ReplyDelete
  3. Semoda perjalanan ke sana berjalan lancar :)

    ReplyDelete
  4. tahniah..Semoga anda selamat di sana..Saya juga pernah menjejakkan kaki disana tapi sekadar berkunjung bukanya belajar..Semoga anda terus tabah di sana=)

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam.
    Syukran.Jazakumullahu khairan khatsira.
    InsyaAllah.Ameen..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?