Ibnbakr | A Doctor-To-Be |


Assalamualaikum warahmatullah :)

Tajuk entri ini,ilham semasa dalam bas sewaktu perjalanan pulang dari kolej tadi.Tidak bermaksud untuk meletakkan pengharapan yang tinggi untuk mendapat title "Doctor",tapi lebih kepada satu doa yang tulus dari seorang hamba,dengan minda yang cukup positif dan optimis :) Dengan harapan setiap pembaca yang membacanya,dinisbahkan sebagai doa,yang ana kira sebagai satu rahmat untuk diri ini sebagai seorang blogger :)

Sebenarnya,ana tidak berniat untuk menulis panjang-panjang atau apa-apa yang berkaitan dengan kedoktoran,tetapi entri ini sebenarnya lebih bersifat selfish(mungkin),kerana apabila antum pembaca sekalian yang ana hormati membaca tulisan ana kali ini,sudah cukup untuk mendoakan kejayaan ana menjadi seorang doktor kelak,InsyaAllah.

Doakan kejayaan kita semua sebagai hamba..

Doakan kejayaan kita semua sebagai khalifah..

Doakan kejayaan kita semua sepanjang berada di bumi Allah :)




p/s: Ana cadang untuk update blog ini dengan sedikit manfaat untuk diri dan semua seminggu sekali atau dua kali ,tapi ana berhadapan dengan cabaran keterbatasan kemudahan laptop.Ana agak keberatan untuk meminjam laptop rakan untuk tujuan lain selain assignment,jadi mungkin bulan hadapan baru ana boleh mengoptimumkan penggunaan blog ini untuk menyumbang bakti yang tidak seberapa,andai laptop di rumah dapat dibawa ke sini.InsyaAllah.

Itu sahaja sebenarnya.
Kenangku dalam doamu :)


Taman Mawar,
Sepang,
Selangor. :)

Comments

  1. semoga dipermudahkan segala urusan

    *bercita2 jugak utk jd doktor tu.

    gudluck!

    ReplyDelete
  2. blog bile2 mse boleh =)

    ReplyDelete
  3. Salam alaik dik Wafi..

    kak doakan kejayaan adik Wafi, moga beroleh kejayaan, ameen ya rabbal aalamin :)

    bila2 masa ja adik boleh update blog ni,kan adik punya blog hehe :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, semoga anta dapat menjadi seorang Doktor mukmin yang dapat menegakkan syi'ar Islam suatu hari nanti dengan berbekalkan Ilmu dan Iman. Ana cadangkan anta menghayati novel "Denyut Kasih Medik" karya Dr. Farhan Hadi jika berkesempatan.InsyaAllah, Doakan ana juga~

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah..

    lama x singgah..
    anta prepare untuk ke mana Wafi?
    KTT kan..

    ReplyDelete
  6. @Titisan Hujan

    Amiin2 ya rabbal 'alamin..
    InsyaAllah,moga urusan kita dipermudahkan..

    ReplyDelete
  7. @Nazihah@Jiha

    Syukran..
    Memang blog saya,tapi entahlah,kdg2 rasa macam x best kalau biar blog ni keseorangan..

    ReplyDelete
  8. @AinNur Raudhah

    Syukran..
    Ana dah baca novel tu,masa kat smap kajang dahulu..Sangat bermanfaat.. Lagipun,ana memang gila membaca dahulu,lg2 kalau tulisan Ustazah fatimah Syarha dgn Doktor Farhan.. InsyaAllah,moga dipermudahkan urusan kita,dan semoga syiar Islam itu tersebar luas..

    ReplyDelete
  9. @Muhammad Al Amin

    Waalaikumussalam..
    InsyaAllah,ana ke Mesir.. Under MARA.. Alexandria@Iskandariah mungkin.. Anta medic gak kan,under JPA? InsyaAllah,moga usaha murni kita berjaya..

    ReplyDelete
  10. @Ibnbakr Ya, ana JPA, tp buat alevel dulu 2 tahun kat intec, shah alam

    ReplyDelete
  11. insyaAllah..kalau niat baik, Allah akan permudahkan lagi urusan kita. yang penting sentiasa berdoa. semoga berjaya menjadi doktor unggul!

    ReplyDelete
  12. blog ni takkan keseorangan,pasti ada yang ulang-alik mencari ilmu :) sentiasa mencurah..

    ReplyDelete
  13. akak doakan wafi semoga berjaya...bittaufiq ya sodiqiy :)

    Rajin2 nnt bukak la entry kat blog akak gak yek?

    ReplyDelete
  14. @The Medical Duo

    Syukran kak..InsyaAllah..
    memnag selalu pun jenguk blog akak n abg imran..Tp kadang2 lambat sikit,sebab banyak kekangan lagi sekarang..Banyak benda yg boleh dikutip dkt blog akak..Thanks..

    ReplyDelete
  15. Salam..

    “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

    “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

    “Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

    Tue janji Allah utk sesiapa yg menolong agamanya..
    Jadilah seorang doc yg berpegang pd syariat Islam..
    sy cdgkan agar akhi baca novel 'Denyut Kasih Medik' karya Dr. Farhan Hadi [menggabungkan fiqh perubatan,fiqh wanita dan fiqh cinta]... buku itu bagus utk seorang 'doctor-to-be'... (kalau akhi dah bace x pe la..ni cme suggestion)
    Smoga Allah permudahkan jalan utkmu menuju kejayaan di dunia dan akhirat...
    Bittaufiq wa najah, ya akhi..
    Barakallahufik
    Siru 'ala barakatillah...

    ReplyDelete
  16. @Afifah Nabilah

    Waalaikumussalam..
    InsyaAllah,x pernah berkurang keyakinan terhadap kasih sayang Rabb terhadap hambaNya..

    Novel tur ana dah baca,dan memang bagus.. Syukran tolong suggestkan.. InsyaAllah,semoga segala urusan dipermudahkan..

    *Kalau buku karya Ustzh Fatimah dgn Dr Hadi,xyah suggestkan pon xpe,sebab awal2 lg ana akan cari utk dibca.. :)

    ReplyDelete
  17. Syukran krana bg respons kt komen ana..
    anyways, ad 1 novel lg yg ana nk suggest tp rse2nye anta dah bace..
    tp xpelah.. ana cume nk berkongsi prasaan ana ble bce novel tu.. cubelah cr novel.. "Syahadah Gadis Ateis" karya Imran Haaz.. novel tu sgt2 bgos..
    byk m'bawa pembaca ke arah mengenali Tuhan Yang Maha Satu...
    Siru 'ala barakatillah..

    ReplyDelete
  18. @Afifah Nabilah

    InsyaAllah,ana akan usaha cari.lmu ni tak rugi dicari walau duit habis sekalipun.

    Syukran.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?