Thank You Allah (IV)
Kita merancang,Allah juga merancang,tetapi Allah jualah yang menentukan.
Semalam merupakan hari yang sungguh dramatik.Keputusan pinjaman MARA kebetulan diumumkan pada hari yang sama dengan jatuhnya Hari Guru.Dan ana sudah buat keputusan akan wish guru-guru bila keputusan sudah diumumkan.[entah mengapa ana cukup optimis waktu itu :)]
Alhamdulillah :)
Alhamdulillah :)
Alhamdulillah :)
Lafaz syukur ana zahirkan buat Sang Pencipta.Sungguh,semalam hari yang cukup mendebarkan dan juga menggembirakan.Semalam,seawal pagi kebanyakan rakan-rakan yang memohon Perubatan Timur Tengah sudah mendapat panggilan daripada MARA,mengesahkan tempat mereka ke Jordan.Dan ana terus setia menunggu panggilan daripada MARA sehingga ke petang.Sungguh,penantian itu satu penyeksaan,jika tidak disulami kesabaran dalam bersabar.
Sehinggalah sekitar pukul 10 malam,sahabat dari Melaka telefon.Katanya keputusan sudah keluar.Mungkin sudah pasrah,ana suruh sahabat ana tolong checkkan,dan saat itu memang memang ana mendoakan "sentuhan magis" daripada Allah.
Alhamdulillah.
Ana ditawarkan program persediaan Perubatan Timur Tengah di Kolej Teknologi Timur.Ana masih kurang pasti universiti mana yang akan ana jejak,tetapi harapan untuk ke Jordan agaknya semakin kabur. Ramai rakan yang cakap mungkin di"campak" ke Mesir.Atau mungkin still belajar di Malaysia.Entahlah.
Apa-apa pun,Alhamdulillah,di mana pun ana di"campak",ana tak kisah sangat, asalkan dapat tajaan,kurang sedikit bebanan ummi dan abuya. :)
=======================================
Ana tahu,jasa guru itu tiada berganti.Jasa mereka cukup banyak.Tetapi,buat masa sekarang,kejayaan inilah yang dapat kami hadiahkan buat para guru.Guru-guru yang banyak berjasa dalam hidup kami.InsyaAllah,ilmu yang dipelajari,tidak akan disia-siakan.Ia akan terus tersebar dari generasi ke generasi.InsyaAllah.
Terima Kasih Cikgu!!!
*alhamdulillah,majoriti rakan-rakan yang memohon semuanya dapat pinjaman dan biasiswa daripada MARA dan JPA.Mungkin ramai akan ke oversea,Alhamdulillah.
*buat rakan-rakan lain,jangan berasa lemah semangat,jadikan kejayaan rakan-rakan sebagai pembakar semangat.
*buat yang masih menunggu tawaran,bitatufiq wannajah alaikum.
"I dont want to be the best,but I want to be among the best"
-Ibnbakr-
Alhamdulillah :)
salam..
ReplyDeletetahniah diucapkan !!~ ^_^
alhamdulillah...rezeki anta...
all da best !!!...
"tholabul 'ilmi walau fissin "
kutiplah ilmu sebnyak mungkin,,serta ter0skanlah prjuangn dalam menegakkan ISLAM...
Alhamdulillah,tahniah dik^^ tumpang gembira boleh..hee^^
ReplyDeleteAssalamualaikum akhi Wafi.
ReplyDeleteMabruk ya ^_^
suka sangat membaca kejayaan2 saudara/i seagama menggapai kejayaan.
mabru'..apapun..dimana2 anta di'campak'kan..smua ada hikmahnya..ilmu itu ada dimana2..:)
ReplyDelete@^_^ MardhiahQaisara
ReplyDeleteWaalaikumussalam..
Syukran..InsyaAllah..Islam itu pasti tertegak jua nanti..
@Nazihah@Jiha
ReplyDeleteAlhamdulillah..
Syukran kak..
InsyaAllah,nanti saya tumpang gembira dengan kejayaan akak pula..
@Nur Farhana
ReplyDeleteWaalaikumussalam..
Syukran..
Kadang-kadang,kejayaan yang dikongsi boleh memberi inspirasi kepada yang lain..
La haula wala quwwata illa billah..
@ummufayyad
ReplyDeleteSyukran..InsyaAllah,ada hikmahnya.. Moga ada peluang ana jumpa Ustaz Syukri nanti,berkongsi kejayaan ini.. Hadiah buat beliau yang banyak berjasa..
mabruk. tahniah. mengembaralah di bumi ALLAH dan sebarkanlah islam. :)
ReplyDeletesalam..tahniah saya ucapkan...
ReplyDeletetahniah dik :)
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletemenumpang kegembiraan boleh??
tahniah ats kejayaan Ibnbakr..tidak kisah la dimana 'tercampak' asal kan benih tetap tumbuh subur kan. ^^,
salam,
ReplyDeletesyukran jazilan,mabruk alaika aidhan.
dr.pakar al hafiz,bittaufiq wannajah.
may Allah bless while searcing mardhatillah,insyaAllah..
@Syafawani
ReplyDeleteWaalaikumussalam..
Owh,afwan..
Dr pakar al-hafiz?InsyaAllah..
Bittaufiq wannajah 'alaina..
Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Sesungguhnya rancangan Allah adalah yang terbaik buat kita kan?
ReplyDeleteTahniah dan selamat menyambung pengajian. ^_^
Semoga dipermudahkan segala urusan, insyaAllah.
syukran thniah selamat meneruskan pengajian walau dimana ditempatkan ..itulah yang terbaik untuk anda dariNYA...
ReplyDeleteAda lagi rezeki yg mencurah, tahniah2..
ReplyDeletexkisahla di mana asalkan dpt mjadi doktor yg hafiz...
teruskan perjuangan yer..=)