Penawar 6 - Hari ini Milikmu

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah.. :)
Alhamdulillah.. :)
Alhamdulillah.. :)

Hari yang baru telah tiba,bulan baru telah menjelma.Bukti kasih sayang Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya. Kasihnya seorang pencipta memberikan peluang kepada insan bernama manusia untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam.Hari ini,hari baru buat hambaNya menambah keinsafan daripada khilaf semalam. Hari ini,hari baru buat kita mencungkil nikmat kebahagiaan yang gagal diraih dari masa silam.

Sungguh,hari ini merupakan hadiah daripadaNya.Hadiah yang cukup bernilai buat mereka yang benar-benar ingin mengerti.Buat mereka yang benar-benar menyedari bahawa nikmat kehidupan yang diberikan hari ini,setiap detik dan waktu adalah untuk menjadi hambaNya.Menjadi hambanya yang tetap setia mencari redha Sang Pencipta.


Sungguh,hari ini merupakan milik kita.Seluruh kehidupan yang dikurniakan merupakan milik kita.Tapi,hakikat sebenarnya,hari ini,juga kehidupan ini,merupakan pinjaman daripadaNya.Hanya pinjaman sementara,tidak lama.
"Hidup aku,suka hati aku la.."

"Ko sibuk apahal? Kubur lain-lain kan..?"

Betul,memang betul hari ini merupakan milik kita.Memang kehidupan yang sedang kita lalui merupakan kehidupan kita.Cumanya,hari ini merupakan milik kita yang sementara.Kehidupan yang sedang kita lalui hanya sementara.

Mungkin,hari ini milik kita.Tapi,siapa tahu,esok sudah tiada lagi milikmu?

"Hari yang saat ini matahariNya menyinari anda,dan siangNya menyapa anda,membuat anda mampu memandang alam sekitar.Itulah hari anda.,maka manfaatkanlah hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja,atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga."
-Dr Aidh Abdullah Al-Qarni

Ya,hari ini milik kita,tetapi milik kita yang berstatus hamba.
Ya,hari ini milik kita,tapi bukan kita tuannya!!

Moga hari-hari yang kita lalui sebagai hambaNya yang soleh dan solehah.




Comments

  1. yup,btol sedara...
    dunia mmg sementara cuma..
    tp nape kte terlalu asyik dgn yg smntara ni ea..??
    muhasabah diri..
    syukran ats p'kongsian..!!!

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum..

    indah sungguh..untuk itu hargailah setiap saat,detik kehidupan kita agar apa yg kita lakukan hari ini diberkatiNYA..

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum..

    indah sungguh..untuk itu hargailah setiap saat,detik kehidupan kita agar apa yg kita lakukan hari ini diberkatiNYA..

    ReplyDelete
  4. @www.quranicprincess.blogspot.com

    Ya,sebetulnya memang kita kena sentiasa bermuhasabah..berusaha menilai diri sendiri.. Menghitung diri sendiri sebelum dihitung oleh Allah S.W.T

    ReplyDelete
  5. yeah..kita pinjam kehidupan dari-Nya..sampai masa nanti kita kena jelaskan "bunga2"nya..

    Semakin tinggi bunga2 itu,maka makin susahla nak bayarnya. Semoga Allah s.w.t masih kasih sayang kepada kita,memberi peluang kepada kita membayar bunga2 itu dengan taubat nasuha selagi hayat kad kredit masih bernyawa..

    Bunga2 itu ialah dosa.
    kad kredit itu ialah roh kita

    betulkan saya jika saya salah..:)

    salam perkenalan tuan..dan follow u..:).

    ReplyDelete
  6. @Syuxer

    Ya,selagi dikurniakan nikmat merasai kenikmatan hidup,selagi itu kita mesti melaksanakan tugas sebagai hamba dengan mensyukuri nikmatNya..

    Salam perkenalan juga..
    Syukran..

    ReplyDelete
  7. ya hari ini apa saja kurniaannya adalah milik kita..dan
    kita adalah milikNYA yang akan diambil balik pada bila2 masa dan ketika....

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..masih diberi kesempatan utk myedut O2.

    hari ini milikku...tp hakikatnya perjalanan sbg hamba semakin singkat =(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?