Alam Baru :)

Assalamualaikum warahmatullah :)

[ini entri pendek]

InsyaAllah,selasa depan ana akan mula menjengah ke alam baru di Kolej Teknologi Timur.
Esok perlu siapkan segala borang dan keperluan.
Dan Isnin ana perlu ke Hospital Parit Buntar,membayar nazar yang ana buat.

Ya,ana bernazar,andai dapat pinjaman MARA,ana akan bermastautin di hospital dari pagi sampai ke petang. Jadi,sebelum ana mendaftar hari selasa,insyaAllah akan luangkan masa sebentar di sana.Andai ada ibrah dan perkara yang mampu ana kongsikan sepanjang bermastautin di hospital nanti,insyaAllah akan ana kongsikan di sini.

Jadi,mungkin tiada perkongsian di sini buat sementara waktu.InsyaAllah,pandai-pandailah ana curi masa sepanjang di sana.Sebenarnya sudah siapkan beberapa artikel,tapi mungkin akan dipublish nanti.InsyaAllah.

Dan,ana sudah siapkan header.Bukan header sebenarnya,tapi cuma gambar yang ditempek pada bahagian paling atas.Hendak masuk di ruangan header,ada masalah.Jadi,lepas try n error beberapa kali pada ruangan html,jadilah seperti yang antum dapat lihat pada ruangan paling atas blog ini.


Itu sahaja.Syukran kepada yang membaca.
Moga sentiasa dalam lindungan redhaNya.
:)

Doakan semoga ilmu dan hikmah yang bakal ana kutip nanti,diredhai dan diberkatiNya.
InsyaAllah.

Comments

  1. Selamat melangkah ke alam Uni, dan semoga semuanya dipermudahkan Allah.

    (=

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah....moga2 dipermudahkan olehNYA....

    ReplyDelete
  3. Selamat melangkah ke alam Uni, dan semoga semuanya dipermudahkan Allah.

    (=

    ReplyDelete
  4. salam wbt,
    alhamdulillah syukur,
    buatlah yg terbaik,
    moga istiqamah dlm hal2 yg baik
    dan tetap thabat dlm hal2 yg baik juga
    InsyaAllah ameen

    ReplyDelete
  5. belajar rajin2 bro..jangan men2 plak..:)..ingat pesan mak ayah tuh..:)..semoga berjaya dalam hidup..

    ReplyDelete
  6. Kepada semua:

    Syukran..
    Jazakumullahu khairan.. :)

    ReplyDelete
  7. Tahniah ya. Semoga setiap langkah anda diiringi dengan rahmat Allah selalu. Amin.

    ReplyDelete
  8. @Awan Biru dan @liyana

    Syukran..
    InsyaAllah..
    Moga rahmat Allah bersama kalian juga..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..dik Wafi apa khabar?

    alhamdulillah, header baru ^^ cantik!

    ReplyDelete
  10. @Nazihah@Jiha

    Waalaikumussalam..
    alhamdulillah,sihat..
    Maaf,lambat,agak busy lg sekarang..
    menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?