Alam Baru :)
Assalamualaikum warahmatullah :) [ini entri pendek] InsyaAllah,selasa depan ana akan mula menjengah ke alam baru di Kolej Teknologi Timur. Esok perlu siapkan segala borang dan keperluan. Dan Isnin ana perlu ke Hospital Parit Buntar,membayar nazar yang ana buat. Ya,ana bernazar,andai dapat pinjaman MARA,ana akan bermastautin di hospital dari pagi sampai ke petang. Jadi,sebelum ana mendaftar hari selasa,insyaAllah akan luangkan masa sebentar di sana.Andai ada ibrah dan perkara yang mampu ana kongsikan sepanjang bermastautin di hospital nanti,insyaAllah akan ana kongsikan di sini. Jadi,mungkin tiada perkongsian di sini buat sementara waktu.InsyaAllah,pandai-pandailah ana curi masa sepanjang di sana.Sebenarnya sudah siapkan beberapa artikel,tapi mungkin akan dipublish nanti.InsyaAllah. Dan,ana sudah siapkan header.Bukan header sebenarnya,tapi cuma gambar yang ditempek pada bahagian paling atas.Hendak masuk di ruangan header,ada masalah.Jadi,lepas try n error beberapa kali pada ruang...