Penawar 3 : Meledakkan Takwa


"Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

=========================================
Dalam sebuah hadis, Anas bin Malik meriwayatkan,
"Waktu turunnya ayat pengharaman arak, aku sedang mengedarkan arak di rumah Abu Talhah. Tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki di halaman rumah berkata; "Wahai kawan-kawan, mulai hari ini arak diharamkan". Abu Talhah berkata, "Keluar cepat dan tumpahkan arak" Aku pun menumpahkan kesemua arak yang ada ketika itu. Ada seorang kawanku yang sedang meletakkan cawan di bibir untuk meneguk arak, terus mencampakkan cawan tersebut apabila mendengar ayat pengharaman arak. Itulah kali terakhir beliau menyentuh arak"
Di dalam Tafsir Al-Azhar,Prof Hamka mengutip beberapa riwayat daripada Anas bin Malek berhubungan dengan bab arak.
"Anas berkata,minuman keras telah diharankan sedangkan tidak ada satu bangsa Arab waktu itu yang suatupun lebih menyenangkan selain daripada minuman keras..meskipun demikian (setelah ayat-ayat yang mengharamkan minuman keras diharamkan)maka sebahagian dari kami membawa tong-tong minuman keras ke jalan raya dan menuangkannya ke jalan.Sebahagian yang lain memecahkan tong minuman keras,dan sebahagian lagi mencucinya dengan tanah dan air."
Itu kisah sahabat-sahabat Rasulullah,insan-insan mulia yang taat kepada perintah Allah.Tanpa rungutan dan sungutan,meraka patuh akan perintah Allah dan Rasulnya,kerana rasa takwa yang begitu tinggi bersemi indah dalam diri mereka.Rasa kehambaan itu tunggi dalam diri mereka.Kerana atas dasar takwa,mereka yakin bahawa aturan dan undang-undang Allah itu ada hikmah di sebaliknya.Semuanya hasil dari pancaran takwa.

Pernah tahu kisah di Amerika,mengenai Akta Volstead yang digubal pada tahun 1919 oleh kerajaan Amerika?Akta tersebut melarang semua perkara yang berkaitan dengan penjualan minuman keras di Amerika.Namun,itu semua hanyalah undang-undang manusia,dan terpaksa berdepan dengan rakyat yang tidak mengerti apa-apa soal takwa.

Tahu akibatnya?

Penjualan minuman keras semakin berleluasa.Rasuah antara pegawai kerajaan semakin menjadi-jadi.Jumlah kematian disebabkan minuman keras semakin teruk.Ringkasnya,berbillion wang dolar yang dihabiskan hanya sia-sia.Bukan mengurangkan masalah penagihan arak,malah memburukkan lagi keadaan.Makin dilarang,makin menjadi.

Akhirnya pada tahun 1933,akta tersebut dikaji semula dan akhirnya kerajan terpaksa mengambil keputusan membenarkan kembali penjualan minuman keras.Dan akibat yang berlaku selepas itu adalah lebih teruk.

Tahu mana silap dan bezanya?

Bezanya kerana takwa.Baginda Rasulullah berjaya menetapkan takwa yang kukuh dalam hati para sahabat, sedangkan Amerika menggubal undang-undang tanpa hukum.Lihat bukan,sejarah kegemilangan umat Islam itu adalah atas dasar ledakan takwa yang cukup menggelegak dalam diri mereka.

========================================

 Moga kita manusia yang bertakwa.. InsyaAllah
"Sesungguhnya Orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa godaan dari syaithan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya."              (QS. Al-A'raaf: 201)




Comments

  1. tetibe rasa macam banyak dosa sesangat =,=

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya setiap manusia melakukan kesalahan,Sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?