Nostalgia Semalam:Bingkisan Rindu
Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa
Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa
Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu
Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita
Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian
Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu
Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya
Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa
Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu
Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu
========================
"Mencabar betul dunia luat ustazah..Doakan saya ustazah..Doakan saya dapat amalkan semua benda yang saya belajar selama ini.."
"Itulah realiti hidup bila berada dalam masyarakat,Masa kat sekolah kita dibekalkan dengan ilmu untuk berhadapan dengan dunia luar.Kalau segala ilmu kita kutip dan manfaatkan dengan baik,insyaAllah kita berjaya walau di mana kita berada.Kita kena pandai bawa diri kerana pada ketika itu kitalah yang membimbing diri sendiri sama ada hendak buat baik atau tidak kerana semua itu terhidang depan mata.Yang penting kita kuatkan jati diri."
Terima kasih Ya Tuhan,
=========================
Mereka mengingatkan diri ini kepada zaman persekolahan.. :)
[Usaha saya,sentiasa]
Comments
Post a Comment