Media oh Media

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” [al-Hujurat 49:6]
===================================
Seriously,ana tidak pernah berniat nak menceburkan diri dalam bidang politik.Tapi tidak bermakna ana buat endah tak endah je dengan isu politik tanah air.Kalau kat sekolah dahulu,memang tak berminat sangat,sebab banyak lagi benda yang lebih penting ana kena buat. Tapi kat sekolah dahulu,memang otak kami kebanyakannya pro-pembangkang[pro-pembangkang tidak bermakna kami anti-kerajaan] :)

Tapi bila dah tidak ada tanggunggjawab yang khusus macam sekarang,ana cuba melihat politik sebagai satu aspek yang cukup penting.Lagipun,tinggal beberapa tahun sahaja lagi sebelum ana layak memilih pemimpin sendiri,jadi ana rasa agak penting untuk ana mengetahui sedikit sebanyak mengenainya,kerana memilih pemimpin itu bukan satu perkara main-main.
====================================
Masalahnya,ana susah nak percaya media massa sekarang.Kebanyakan media massa bersikap tidak adil.  "Kerajaan betul,pembangkang salah".Itulah tema kebanyakan media sekarang ni.Ana rasa itu bukan prinsip yang betul dalam menyebarkan berita dan informasi.Itu berat sebelah.Buat masa sekarang,ana hanya beli The Star untuk dibaca,because i've to improve my english dan ana memang dah terbiasa dengan akhbar tersebut[Smap Kajang melanggan The Star tiap-tiap hari untuk pelajarnya]

Surat khabar yang lain,ana malas nak ambil tahu sebenarnya.Kerana isu politik yang tidak adil dan kontroversi-kontroversi murahan berbaur lucah menjadi topik utama.Pastu ditempek kat page hadapan.Huh! 
===================================
Jadi ana ambil keputusan blogwalking ke blog-blog politik,dengan harapan ada cahaya kebenaran di situ.  Sebelum ni,ana layan blogger anti-kerajaaan.Tapi bila ana fikir balik,ana perlu melihat kedua-dua pihak,sebab masa masih ada untuk ana membuat keputusan.Tapi blogger-blogger politik ni lagi ramai yang bermasalah[bukan bermaksud ana blogger yang baik].Sama sahaja,blogger pembangkang dan blogger kerajaan.Ulama dikutuk dan pemimpin dihina,sangat menyedihkan.

Ana rasa,dalam memberi pendapat tidak perlu ada penghinaan.Tidak perlu dihina mana-mana pemimpin. Apatah lagi mereka yang bertaraf ulama'.Tidak perlu menggunakan perkataan-perkataan kesat dalam menzahirkan emosi kepada pembaca.Tidal perlu diedit gambar-gambar pemimpin dengan niat untuk mengaibkan mereka. Tidak perlu samakan mereka dengan bintang.Tidak perlu..[stop di sini,tak mahu terlebih emosi]

Sampaikan maklumat dengan etika blogger yang berhemah.Bukan dengan cara memaki hamun.Dan bukannya FITNAH.
========================================
Kepada semua blogger dan media-media lain yang berkaitan,laksanakan tugas dengan etika yang baik,jangan hanya pandang sebelah pihak dan menyebarkan fitnah.
Kepada pimpinan kerajaan,pimpinlah kami rakyat-rakyat dengan baik.[dengan nada hipokrit]

Kepada barisan pembangkang,usaha kuat lagi untuk memenangi hati rakyat.[ya,kami sokong!!]

Kepada semua pemuda dan pemudi harapan bangsa:
Jadikan Rasulullah sebagai politikus terbaik
Jangan ikut sikap mereka yang menolak Islam daripada undang-undang,menghalalkan perkara yang haram,fitnah memfitnah,mengamalkan politik kotor dan lucah dan yang sewaktu dengannya.

Andai kita diberi peluang memimpin negara nanti,biar Malaysia negara ISLAM bukan hanya pada nama.

[itu je ana nak cakap sebenarnya,yang di atas hanya luahan perasaan]
Seriously,lama gila pikir tajuk entri ni,last-last ana taram jek :)

p/s: Jangan lupa pangkah ana untuk pilihanraya akan datang..hehe :)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?