Kerna ukhuwah itu indah


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
Hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
Untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

===========================================

[maaf,ini entri lapuk]


Dua hari lepas ana berpeluang bersama-sama rakan-rakan,keluar berjalan-jalan mnencuci mata :) . Memandangkan ada yang baru balik dari PLKN,dan perancangan untuk menghabiskan masa di Laketown Bukit Merah seperti tidak menjadi,jadi kami hanya keluar sekitar area Pulau Pinang.
  • wayang
  • futsal
  • bowling[that was my first time,but still i'm not a loser :) ]
[maaf,ana tak boleh detailkan,sebab detailnya boleh menyebabkan timbulnya unsur riak.. haha :) ]
[maaf,ini juga gambar lapuk :) hehe]

Ukhuwah itu indah bila:

-kerana sayangnya mereka,kamu sentiasa ada manusia yang mengingatkan kamu soal Tuhan.
-kerana imannya mereka,semua buat-buat cari henset bila ada scene2 yang "mengasyikkan" dalam wayang, memalingkan pandangan dari skrin besar tersebut.
-kerana prihatinnya mereka ,tidak kekok untuk menegur andai ada yang melakukan kesalahan
-kerana kerjasama mereka ,tidak kisah membiarkan kamu menjaringkan gol walau diri sendiri ada peluang :)

Eh,Amirulhazim,kalau boleh plan la untuk Bukit Merah nanti..hehe

[tapi,jangan terlalu mudah menggunakan istilah ukhuwah..

Comments

  1. wow alhamdulillah,ade jge kan org sbegitu :)

    cre tbaek utk mgelak bnde y 'mengasyikkn'itu kan ^^

    ReplyDelete
  2. ukhuwah itu sggh indah...
    ukhuwah kepada allah yang paling indah.....

    ReplyDelete
  3. im followwing you.:)

    @mirfah.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?