Dr Aidh Abdullah Al-Qarni
Dr Aidh Abdullah al-Qarni merupakan seorang ulama Arab Saudi dan juga merupakan seorang penulis motivasi Islam yang cukup terkenal.Dan beliau merupakan antara manusia yang menyumbang inspirasi kepada manusia yang cukup terkesan di hati.
Perkampungan al-Qarn,sebelah selatan Arab Saudi menjadi saksi lahirnya beliau.Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni dilahirkan pada tahun 1379H.Beliau berasal dari keluarga Majdu' al-Qarni. Memiliki ijazah kesarjanaan dari Fakulti Ushuluddin Universiti Islam Imam Muhammad ibn Su'ud tahun 1403-1404H dan sarjana dalam bidang Hadis Nabi tahun 1408H dengan tesis berjudul al-Bid'ah wa Atsaruha fi ad-Dirayah wa ar-Riwayah (Pengaruh Bid'ah terhadap ilmu Dirayah danRiwayah Hadis).
Gelaran doktornya diraih dari universiti yang sama pada tahun 1422H dengan judul tesis "Dirasah wa Tahqiq Kitab al-Mafhum 'Ala Shahih Muslim li al-Qurthubi" (Analisis Kitab al-Mafhum 'Ala Shahih Muslim karya al-Qurthubi). Beliau telah menghasilkan lebih dari lapan kaset rakaman yang memuatkan khutbah, kuliah, ceramah, sejumlah bait syair dan hasil seminar-seminar kesusasteraan.
Dr Aidh Abdullah al-Qarni juga menghafal al-Quran (yang merupakan syarat mutlak sebagai mahasiswa di Arab Saudi, pada umumnya) dan juga hafal kitab hadis Bulughul Maram serta menguasai 5000 hadis dan lebih dari 10000 bait syair Arab lama hingga moden.
Inspirasi dari La Tahzan
Ana masih ingat zaman-zaman muda dahulu,sewaktu masih di alam persekolahan.Walaupun Ummi tak benarkan ana bawa buku La Tahzan ke sekolah,ana tetap bawa.Dan buku itu menjadi peneman setia sewaktu hati benar-benar memerlukan jawapan.Ana diajar untuk beristikharah dengan Al-Quran,dan ana juga mula belajar untuk beristikharah dengan buku La Tahzan.
Ana ada banyak memori dengan buku tersebut,dan pastinya kenangan-kenangan itu ana akan ingat,selamanya.Bila dijengah kembali memori-memori tersebut,terasa sungguh bersyukur.Sangat-sangat bersyukur kerana ana dibimbing daripada melakukan perkara yang melampaui batas dan menyimpang dari kewarasan,walau apa yang telah ana buat sebenarnya agak menyimpang sedikit.Mungkin bukan sedikit :)
Dia Berjasa
Andai ana diberi peluang untuk berjumpa dengan beliau,ana akan salam dan peluk tubuhnya.Dia cukup berjasa.Buat masa sekarang,ana hanya mampu memeluk erat butir-butir mutiara tulisannya.Mengambil ibrah dari tulisan dan pengalaman beliau.
Dr Aidh Abdullah Al-Qarni,syukran jazilan.
Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni ~ tokoh hebat,pendidik pemimpin hebat,melahirkan pewaris ilmu yang hebat..moga-moga anda insan hebat itu
ReplyDeleteinsyaAllah~