Cerpen-Persis sungai yang mengalir

Amirul melabuhkan punggungnya di bangku di luar khemah melepaskan lelah.Dia sedikit letih melayan para peserta kem motivasi dari pagi tadi.Sedang asyik dalam lamunan,dia didatangi seorang peserta. Dengan langkah yang lemah tanpa secalit senyuman di wajah,Amirul dapat merasakan adiknya ini sedang menghadapi masalah yang cukup besar baginya.Dan ternyata telahannya betul.Melihat Amirul berseorangan, anak muda itu mengambil keputusan untuk menceritakan masalahnya.Dia memperkenalkan dirinya sebagai Luqman.


Walaupun masih terasa penatnya,Amirul menggagahkan dirinya untuk mendengar masalah anak muda tersebut  dengan baik.Sebagai fasilitator untuk kem motivasi,dia memang terlatih untuk menjadi pendengar yang baik.Usai Luqman bercerita,Amirul bingkas bangun ke bahagian penyediaan masakan untuk peserta.


"Sekejap ye Luqman,ana ke bahagian dapur sekejap."


Amirul kembali dengan memegang dua gelas nescafe di tangannya sambil tersenyum.


"Nah,cuba enta minum ini.Ana memang pakar buat kopi ni." Amirul berseloroh.

Perlahan-lahan Luqman menghirup nescafe yang masih panas.


"Masin." jawab anak muda itu sambil meludah ke tepi.
"Ini nescafe ke apa abang Amirul.Masin lain macam je nih."soal Luqman.

"Nah,rasa yang ni pulak.Yang ini insyaAllah sedap :)" Amirul meyakinkan Luqman sambli memberikan gelas yang kedua.

"Aha! Ini baru orang panggil kopi.Sedap!"Luqman tersenyum sambil menghalakan thumb up buat Amirul.

"Ana saje je  test  enta tadi.Habiskan kopi tu.Jangan tak percaya pulak ana pandai buat kopi"ujarnya dengan senyuman tidak lekang di bibir.

Melihat reaksi positif Luqman yang mula tersenyum,Amirul merasa sedikit lega.Masalah yang Luqman ceritakan padanya sebentar tadi tidaklah sebesar mana,cuma sikap dan personaliti Luqman yang membuatkan masalahnya yang kecil menjadi besar.Padanya,tidak perlu untuk dia menyelesaikan masalah Luqman,tapi dia perlu menyelesaikan masalah motivasi dan personaliti Luqman.

"Akh,enta nampak sungai depan tuh?"soal Amirul sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah sungai berhampiran.


"Ha'ah.Nampak Abang Mirul.Kenapa?"


"Sengaja ana letak garam dalam nescafe tadi.Biar kasi kaw sikit rasa dia :) Enta rasa,kalau ana taburkan garam tadi,dalam sungai depan tu,agak-agak rasa dia masin macam laut tak?"Amirul membuka persoalan.


"Sungai sebesar tu? Isy,tak kan masin pulak.Lagipun sikit je garamnya.Lain la kalau abang angkut 10 lori.Tapi itu pun saya rasa tak cukup lagi.Nak pulak sungai tu mengalir.Susah jugak nak masinkan sungai tu bang"spontan jawapan Luqman.
Amirul lagi tersenyum.Dalam tidak sedar.Luqman mula menunjukkan reaksi yang baik.Dan tanpa sedar juga,jawapan yang Luqman berikan menjadi solusi untuk masalahnya sendiri.Cuma dia masih belum sedar.


"Ha! Pandai pun :) Jadi sekarang meh kita fikir sama-sama.Kita buat analogi lah lebih mudah."


"Garam itu kita analogikan sebagai masalah enta.Dan percayalah,'garam' kehidupan ini semuanya dari Allah.Ujian Allah untuk manusia yang diciptakan sebagai hamba.Jumlah dan rasa masin itu sama, dan memang akan tetap sama. 

Tapi,kemasinan yang enta rasakan sangat bergantung kepada diri enta sendiri.Kadang-kadang kita sendiri yang me'masin'kan lagi kehidupan kita,tanpa sedar.Macam mana? Dengan menjadi kecil dan sempit seperti cawan nescafe tadi.

Cuba kita jadi sebesar dan seluas sungai dekat depan tu? Tak rasa kan masin tu?

Ha! Macam itulah analoginya.Pandai tak abang?" :) ahaha 

"Luaskan hati,lapangkan pemikiran dan terima ketentuan dengan penuh keredhaan.Hiduplah persis sungai yang mengalir :) "

****************

"Eh,enta faham kan?"soal Amirul.

Luqman tersenyum.
Mengangguk.
Dan ia hadir bersama kesedaran.Serta kefahaman.

"Terima kasih abang Amirul yang hensem"
:)


*****************


"Abang Amirul!"
"Ye?"
"Sebenarnya,kopi abang tak sedap mana pon :) letak gula dengan letak garam sama je -,-"


*mereka ketawa lagi*

Comments

  1. Hati juga boleh dianalogikan dengan ikan laut yang menjadi sumber protein kita seharian.

    Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dlm isi ikan yg masih hidup. Tp apabila ikan tersebut telah mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya. Begitulah juga dgn hati. Hati yg hidup sangat sukar untuk dinodai. Tp apabila hati itu mati, ia sgt mudah dinodai dan dipengaruhi. Semoga hati kita dipelihara dan terpelihara sentiasa, amin.

    ReplyDelete
  2. muhasabah untuk diri ini..terima kasih ye..hati itu yang menbezakan setiap insan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perubahan : Menjadi lebih baik dan sentiasa baik.

Umur bertambah,Usia berkurang

Belajar Perlu Berguru