Penawar 1 : Zikrullah

Sesungguhnya,di dalam hatimu ada koyakan yg tidak boleh dijahit melainkan bertemu Allah..
Dihatimu juga ada satu kesunyian yang tidak dapat diubati melainkan bersendirian bersama Allah
Di hatimu juga ada kesedihan yangg tidak mampu dihapuskn kecuali dengan mengenali Allah..
Di hatimu ada kegelisahan yg tidak dapat pergi melainkan kamu pergi kepada Allah..
Di hatimu juga ada gelodak api amarah yg hanya dapat dipadamkan dgn redha kepada Allah..
[ibn qayyim] 
----------------------------------------------------------

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ(22) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (23) هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ 
Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepadaNya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Al-Hasyr 22-24]
Rabbi


Mengapa perlu di cari jauh-jauh ketenangan dan penawar yang dicari selama ini walhal Allah menjanjikan 1001 ketenangan kepada hambaNya yang sentiasa mengingatiNya.Mengapa diikutkan kata-kata nista syaitan durjana andai semuanya hanya dusta belaka? Percayalah,Allah sentiasa bersama hambaNya.Apa sahaja yang kita lakukan,mulakan dengan mengingati Allah,kerna dengan mengingatinyalah,hati manusia itu akan menjadi tenang.
He never promise that the way would be easy,but He did promise that He will be with you in every single step in your life,as long as you want Him too..

الَّذِينَ ءَامَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

Di dalam kitab Sahih Muslim,dilaporkan sebuah hadis yang bermaksud:
"Pada suatu hari,nabi mendatangi majlis para sahabat dan baginda bertanya,"Apakah tujuan kamu semua berkumpul di sini?"Sahabat-sahabat menjawab:"Kami berhimpun untuk berzikir kepada Allaj serta memujiNya kerana mengurniakan hidayah kepada kami sehingga kami memeluk Islam? Baginda seterusnya bersabda:"Benarkah itu tujuan kamu?Sesungguhnya Jibrail telah datang dan memberitahu kepadaku bahawa Allah menyebut-nyebut kebaikan kamu kepada para malaikat."

Zikrullah itu mengingati Allah..

Jangan dijumudkan pemikiran kita dengan hanya membayangkan kumpulan-kumpulan yang berhimpun untuk bertahlil,bertahmid dan berselawat apabila membicarakan soal zikrullah.Sebenarnya,maksud zikir adalah lebih luas daripada itu.Imam Nawawi berkata dalam kitab al-azkar:
Sebenarnya zikir tidak hanya dikaitkan dengan majlis tahlil,tahmid,takbir dan seumpamanya sahaja.Bahkan setiap mereka yang melaksanakan amalan taat kepada Allah dianggap sebagai golongan yang berzikir. 
Percayalah,andai kamu mengingati Allah,Dia tidak akan pernah melupakan dirimu.. Percayalah..!Mulakan harimu dengan menyebut namanya,Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.Itulah penawar buat hidupmu..

Comments

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?