Kamu bukan budak kecil :)

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَءَامِنُوا بِرَسُولِهِ يُؤْتِكُمْ كِفْلَيْنِ مِنْ رَحْمَتِهِ وَيَجْعَلْ لَكُمْ نُورًا تَمْشُونَ بِهِ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Al-Hadid 28]

====================

Peristiwa hari ini mengimbau kenangan dahulu,memori kanak-kanak yang penuh dengan keinginan ingin berseronok,walau pada waktu itu mungkin istilah "keseronokan" itu tidak dapat ditafsir dengan sebaik mungkin, ya,tafsiran seorang kanak-kanak,apalah sangat yang dia tahu..

Ana baru pulang dari kampung.Ana masih ingat,kecik-kecik dahulu,setiap malam selasa ana akan dibawa ke masjid di kampung,mengikuti pengajian agama dari seorang ustaz yang digelar Mudawali.Ummi ada bercerita mengapa beliau digelar Mudawali,tapi ana masih ingat2 lupa tentang cerita tersebut.Yang pasti,ana boleh kenal suara beliau dari jauh,ya,disebabkan hampir enam tahun berguru,walau dahulu ana datang dan tidur di belakang bersama abang2 yang lain.Alah,budak-budak,semua tempat boleh tidur :) .Tak pun,curi-curi keluar masjid ke kedai berhampiran atau ke padang permainan di luar masjid.Paling kurang nanti kena marah dengan Abuya sebab banyak main di masjid.Ana masih ingat,antara perkara paling ditunggu ialah bila sampai ke perkarangan masjid,kenderaan ustaz di ada di tempat yang disediakan atau jemaah masjid kurang,yang menandakan tiada pengajian untuk hari tersebut.Waktu itu,jiwa budak kecil ana menjerit kegembiraan.Haha..

Dan hari ini,bila sampai ke perkarangan masjid,senyap.Masjid kosong.Pengajian dibatalkan.Dan ana cukup gembira dalam perjalanan pulang ke rumah. Bukan gembira kerana pengajian dibatalkan,tapi ana gembira sebab ana sempat untuk berasa kecewa,kecewa kerana niat untuk menuntut ilmu tidak kesampaian.Dan ana yakin,ana bukan budak kecil lagi.. :)
Kamu dah besar al_wafi !!
p/s:Ya Allah,andai ada kesempatan lagi untuk hamba menimba ilmuMu,hamba berjanji tidak akan mensia-siakannya macam dahulu.Kerna Engkau Maha Mengetahui,hambaMu ini bukan budak kecil yang dahulu :)
”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai ilmudan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”




Comments

  1. zaman kanak2..zaman escape dari masjid :)

    ReplyDelete
  2. kenangan lalu mengasyikkan tapi kita perlu pandang ke depan dan menjadikan masa lalu sbg pengajaran ats kekhilafan kita sendiri....rindu zmn knk2...indah hidup waktu 2....sangat bebas...

    ReplyDelete
  3. Owh,rindu zaman kanak-kanak dahulu.. Boleh menangis sesuka hati :)bebas

    ReplyDelete
  4. Ya,memang rindu zaman2 dahulu..
    Tapi skrg perlu fokus utk masa hdpn..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?