Bermusimkah?
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Syukur juga,kerana ana rasa makin ramai [khususnya di Malaysia] sekarang sudah jelas asal usul Valentine [walau mungkin ada yang tahu,tetapi diendahkan]. Syabas ana ucapkan kepada pihak-pihak yang bertungkus lumus menyedarkan umat Islam tentang perkara ini. Dan kebetulan untuk tahun ini,Maulud Nabi dan Valentine Day disambut pada hari yang berdekatan.Sebelah menyebelah.
Mungkin...masih ada yang masih bergelut,antara cinta berlandaskan takwa iaitu cinta kepada Rasulullah atau cinta berlandaskan nafsu kepada manusia?
Andai antum ditanya:
Antara Maulidur Rasul dan Valentine Day,yang mana satu kamu akan sambut?
Ana yakin,majoriti akan memilih tarikh keputeraan baginda Rasulullah untuk diraikan bersama.Malah,ana kira soalan ini kurang relevan untuk disoal kepada mana-mana Muslim,kerna jawapannya sudah diketahui.
BUKAN BERMUSIM
Berselawat ke atas baginda itu tidak bermusim.Apakah hanya pada Maulidur Rasul sahaja baru terasa ingin jejakkan kaki ke masjid,berjemaah dengan ahli qaryah yang lain.Lepas dengar ceramah lebih kurang sejam,keluar masjid dengan minda yang kosong,tanpa penghayatan.Kerana apa? Kerana kita merindui baginda bukan atas nama perindu.Nama baginda hanya disebut di mulut,tetapi tidak di hati.Ah,rindu yang bermusim.Sungguh,.. tidak layak cinta kepada nabi disandarkan kepada tarikh-tarikh tertentu.
Semalam,ana call salah seorang sahabat ana yang juga mangsa PLKN di Johor,walaupun ana lupa sebenarnya yang dia di'terima' ke PLKN.Katanya,mereka sedang menyiapkan sepanduk untuk perarakan Maulidur Rasul nanti.Moga-moga semangat cintakan baginda itu berkekalan,serta dibuktikan dengan pengamalan,bukan sekadar berarak tanpa kesedaran.Kadang-kadang,kita terlalu asyik berarak,bagaikan perarakan itu wajib,walhal sunnah baginda yang lain ditinggalkan.
Sekadar gambar hiasan |
Menyentuh soal Hari Kekasih,kempen menolak perayaan hari Kekasih ini bukan sahaja digempur golongan ustaz dan ustazah,bahkan mereka yang bercouple turut menyedarkan kekasih hati masing-masing supaya membanteras sambutan tersebut.Canggih,bukan?
"Sayang,malam nie kita duduk rumah je.Tak baik sambut Valentine Day."ujar sang kekasih.
Mungkin,pada Valentine Day pasangan-pasangan hanya bersendiri di rumah,tidak keluat berdating dan sebagainya,tiada berbalas-balas hadiah kerana takut dianggap menyambut Hari Kekasih.Esoknya,rutin harian kembali berjalan seperti biasa sebagai pasangan kekasih .Keluar berdua-duaan berpegangan tangan,tanpa rasa malu.Mana silapnya?
Ah,manusia terlalu malas untuk berfikir.
INDAHNYA ISTIQAMAH
Tuntutan dalam agama kita tidak terhad pada hari-hari tertentu.Nilai istiqamah itu perlu kita ada dalam diri kita.Cuba b
ayangkan:Setiap hari ialah Maulidur Rasul
Setiap hari ialah Valentine Day
Maka,setiap hari kita menjunjung tinggi sunnah baginda Rasulullah,dan setiap hari kita menghindarkan diri kita daripada dibelenggu nafsu dan syaitan.
Mudah-mudahan....InsyaAllah..
Comments
Post a Comment