Posts

Showing posts from February, 2011

Penawar 2 : Kuasai Diri

Image
Fitnah akan dibentangkan kepada manusia seperti tikar,satu demi satu.Mana-mana hati yang dipengaruhinya tercalitlah di hati itu satu titik hitam.Mana-mana hati yang mengingkarinya tercaltitlah pada hati itu satu titik putih.Hinggalah hati itu menjadi salah satu daripada dua jenis hati;sama ada putih seperti batu putih yang tidak akan dicacatkan oleh sebarang fitnah,atau menjadi hati yang hitam pekat,tidak mengenal maaruf dan mengingkari sebarang kemungkaran. [Riwayat Muslim] Dalam menjalani liku-liku kehidupan sebagai seorang hamba,kita akan terus berjuang mencari keredhaan Allah S.W.T sehingga ajal datang menjemput,sama ada perjuangan itu berakhir dengan kejayaan ataupun kegagalan.Perjuangan itu bukannya mudah,malah  kadang-kadang terlalu payah untuk dihadapi.Kadang-kadang,rasa sebak itu menjengah di kalbu mengetahui betapa kritikalnya keadaan sekeliling sekarang.Bila berjumpa kawan-kawan lama,mereka sangat berbeza. "Hang xpala,sekolah agama,SBP pulak tue.Aku susah,kawan semua x...

Islam itu Islam

Image
Dusturuna [ Sumber ] Terkejut saya apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang saya sifatkan sangat tidak manis terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ketika berada di Turki baru-baru ini. Menurut laman web National Review Online, beliau dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang disifatkan oleh beliau berunsurviolence and extremism (keganasan dan melampau). Ditambah lagi dengan kenyataan beliau yang menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan. Di antara ayat-ayat kurang manis dalam laporan tersebut ialah : “Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism (kebimbangan ini berasaskan kepada sokongan Qaradawi dan justifikasi yang diberikan beliau terhadap keganasan). Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengel...

Penawar 1 : Zikrullah

Image
Sesungguhnya,di dalam hatimu ada koyakan yg tidak boleh dijahit melainkan bertemu Allah.. Dihatimu juga ada satu kesunyian yang tidak dapat diubati melainkan bersendirian bersama Allah Di hatimu juga ada kesedihan yangg tidak mampu dihapuskn kecuali dengan mengenali Allah.. Di hatimu ada kegelisahan yg tidak dapat pergi melainkan kamu pergi kepada Allah.. Di hatimu juga ada gelodak api amarah yg hanya dapat dipadamkan dgn redha kepada Allah.. [ibn qayyim]  ---------------------------------------------------------- هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (22)  هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (23) هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ  Dialah Allah...

Bermusimkah?

Image
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Terpanggil untuk mencoret sedikit,selepas hampir dua hari ana ber'puasa' dari menghadap laptop. Alhamdulillah, sekarang masa untuk ber'buka'. Syukur juga,kerana ana rasa makin ramai [khususnya di Malaysia] sekarang sudah jelas asal usul Valentine [walau mungkin ada yang tahu,tetapi diendahkan]. Syabas ana ucapkan kepada pihak-pihak yang bertungkus lumus menyedarkan umat Islam tentang perkara ini. Dan kebetulan untuk tahun ini,Maulud Nabi dan Valentine Day disambut pada hari yang berdekatan.Sebelah menyebelah. Mungkin...masih ada yang masih bergelut,antara cinta berlandaskan takwa iaitu cinta kepada Rasulullah atau cinta berlandaskan nafsu kepada manusia? Andai antum ditanya: Antara Maulidur Rasul dan Valentine Day,yang mana satu kamu akan sambut? Ana yakin,majoriti akan memilih tarikh keputeraan bagi...

Kamu bukan budak kecil :)

Image
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَءَامِنُوا بِرَسُولِهِ يُؤْتِكُمْ كِفْلَيْنِ مِنْ رَحْمَتِهِ وَيَجْعَلْ لَكُمْ نُورًا تَمْشُونَ بِهِ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ Hai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Al-Hadid 28] ==================== Peristiwa hari ini mengimbau kenangan dahulu,memori kanak-kanak yang penuh dengan keinginan ingin berseronok,walau pada waktu itu mungkin istilah "keseronokan" itu tidak dapat ditafsir dengan sebaik mungkin, ya,tafsiran seorang kanak-kanak,apalah sangat yang dia tahu.. Ana baru pulang dari kampung.Ana masih ingat,kecik-kecik dahulu,setiap malam selasa ana akan dibawa ke masjid di kampung,mengikuti pengajian agama dari seorang ustaz yang digela...