Venture

Baru selesai membantu ummi menyiapkan tugasan terakhir memeriksa kertas Sejarah SPM 2010.Hanya mampu membantu membaca markah calon-calon untuk dicatat.Esok kertas soalan akan dipulangkan.Kalau ikutkan,2 tahun lepas ana dah boleh hafal skema pemarkahan untuk soalan struktur SPM berkaitan bab tingkatan 4 sebab ana berpeluang membantu ummi sedikit sebanyak.Tapi untuk tahun ini,ana tidak sanggup untuk melihat skema tersebut,ada terbit perasaan cuak.Ana salah seorang calon jadi ana rasa adalah lebih baik untuk ana tidak terlalu ambil tahu[niat nak menolong ummi memang ada sebenarnya].

Kadang-kadang kebenaran itu agak sukar untuk ditelan,dan tidak boleh diluah sesuka hati.Itulah yang ana belajar sepanjang berjuang menghadapi SPM.Ana ingat lagi,sebelum masuk dewan,ana akan cuba untuk kosongkan fikiran dan baca surah al-Insyirah banyak.Biar hati betul-betul tenang[susah nak tenang sebenarnya]. Tapi kalau habis subjek untuk hari tue,ana rasa bahagian tempat ana duduk yang akan paling bising.Orang depan ana pasti akan tanya sesuatu.Dan apa yang ana belajar dari seorang sahabat ana,biarkan yang berlalu itu melangkah pergi.Tidak ada masa untuk berpatah dan memandang ke belakang.Terus maju ke hadapan.Keep moving forward.
Kita kena sentiasa bersangka baik,sebab Allah akan mengikut sangkaan hambanya.
Dan ustazah yang paling ana sayang pernah menceritakan kisah beliau semasa dalam sesutu peperiksaan, semasa ana berjumpa dengan beliau selepas tamat kertas Bahasa Melayu.Beliau menceritakan betapa beliau berdoa bersungguh-sungguh selepas beliau dapat tahu beliau ada tersilap buat dalam satu peperiksaan. Katanya memang beliau yakin beliau ada buat salah.Sampaikan beliau terus menadah tangan selepas bangun daripada tidur,moga-moga keputusannya baik.Dan akhirnya,beliau dapat keputusan yang baik. Lihat bukan, semuanya kuasa Tuhan.

Memang semuanya kuasa Allah namun kita hambaNya disuruh berusaha.Ana tidak tahu apa perasaan ana bila membantu ummi membacakan markah calon-calon tadi.Markahnya agak teruk.Ummi ada cakap ada satu pusat tu ummi tanda 2 hari je.Dan 2 pusat yang lain ummi tidak menggunakan masa yang terlalu lama untuk menanda.Bila ana bacakan markah dan buat distribution table,modal class untuk kebanyakan pusat adalah class yang terendah.Entah di mana silapnya.Namun yang pasti,mereka tidak boleh menuding jari kepada orang lain.Firman Allah dalam surah Ar-rad yang bermaksud:


"Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri."

Jadi,sentiasalah bersangka baik dengan setiap tindakan kita selagi ia selari dengan tuntutan syara' di samping bertawakal kepada Allah setelah berusaha bersunggu-sungguh.Jangan pernah terfikir untuk berputus asa.Sesungguhnya Allah menyukai hamba-hambaNya yang bertawakal kepadaNya.

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah (Al-Imran :159)
Ya Allah,berkatilah usaha kami selama ini..

Comments

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?