Tetamu Dataran Syam
Hatimu perlu cekal dan tabah,
sesabar tiga sahabat Rasulullah,
jiwamu perlu subur dengan Iman,
Sesubur dataran Syam bertuah!
[Ustaz Hasrizal Abd Jamil]
Masih dalam usaha menghabiskan bacaan "Rindu Bau Pohon Tin" karya Ustaz Hasrizal.Jujur,ana cukup terkesan dengan hasil tulisan beliau.Pengalamannya menimba ilmu di bumi Syam digarap dengan cukup baik,bersahaja.Travelog yang mengajak kita mencari diri dan kembara dalam memburu cinta Ilahi.
Ber"jiran" dengan sahabat-sahabat Rasulullah dalam menuntut ilmu cukup bertuah.Sungguh,harapan ana cukup tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara,lebih-lebih lagi di Timur Tengah.Ana masih cuba untuk menjadi seorang yang realistik dalam menetapkan matlamat.Walaupun keputusan SPM masih belum keluar,ana tidak mahu memandang rendah kepada diri sendiri.Tapi,walau apa jua keputusan yang Allah tentukan,ana akan berusaha untuk meredhainya dengan hati yang tenang.
"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."
Ya Allah,
Moga ketentuanMu nanti mampu hamba hadapi dengan tenang..
******
"Mereka yang belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Mereka yang belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. Mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri."
[p/s: Kita dalam golongan yang mana?]
Sungguh,aku mahu pengalaman itu!
Menjadi tetamu dataran Syam!
(at-Taubah:122)
Moga namaku dalam doamu.. :)
buku tu la yg d syorkan kwn,bila la bleh membaca nya.
ReplyDeleteusaha+doa+tawakal=senyuman kejayaan
ReplyDeletesemoga cita2 tertinggi kamu tercapai untuk menjejakkan kaki ke bumi Syam~
isyaAllah
nice n3
ReplyDeletefollow u
btw i've new n3
http://eityzaty.blogspot.com/2011/01/jom-atasi-kekurangan-diri.html
come ;)
wah..nice book..kena cari nie..tahnks for da info ya tuan tanah =_=
ReplyDeleteJELAS SAHABAT BUKAN SEBARANG SAHABAT, SAYANG SEMUA
As salam...macam pernah tgk buku nie...gudluck dlm pendidikan tinggi keluar negara...mudah2 diperkenankan...amin
ReplyDeleteEntry terbaru ►Sukan : Chong Wei vs Lin Dan (Terbuka Korea )
Syukran.. :)
ReplyDeletenk cari buku tu jugak...:)
ReplyDelete