Perbetulkan yang biasa,Biasakan yang betul

Petua indah daripada Ibn Athaillah:
Salah satu tanda kejayaan di akhir perjalanan ialah kembali kepada Allah di awal perjalanan
Habit sama semasa di smap kajang kadang-kadang sukar diubah.Ana masih ingat,mungkin hampir dua tahun ana tidak tidur beralaskan tilam di sekolah.Satu aktiviti yang cukup tidak menyihatkan badan. Mujur di tingkatan 5 mungkin kerana ana terlalu penat,habis sahaja prep ana akan terus baring atas katil(selalunya katil kawan,sebab katil ana kat atas,malas panjat),mata akan terus terlelap tanpa memikirkan risiko yang bakal berlaku.Ya,bila sudah jadi habit,kadang-kadang walau kerja bertimbun mata akan tetap dipejam,berlagak tenang..haha..Ana tahu,nanti kalau tuan katil nak tidur mesti dia kejutkan(walau susah ana nak bangun,dan kadang-kadang tak bangun2).Tapi bila itu juga menjadi kebiasaan,tuan katil sudah tidak mahu kejutkan ana,tapi diorang tidur di tempat lain.

Setiap manusia punya kebiasaan masing-masing,perkara pertama dibuat selepas tidur,cara percakapan,cara berpakaian,muamalah dengan makhluk Allah yang lain dan sebagainya.Kadangkala kebiasaan itu perkara yang baik,dan boleh jadi sebaliknya.Ana masih ingat kata-kata bonda pengetua dalam salah satu ucapan beliau:
Perbetulkan yang biasa,biasakan yang betul
Tidak semua yang sudah menjadi kebiasaan itu betul.Contohnya,bangun lewat.Kalau dari kecil tidak diajar,maka mungkin lewat mengerjakan solat atau langsung meninggalkan solat Subuh akan menjadi satu kebiasaan sehingga dewasa. Andaikata kamu memang sudah biasa bertepuk tampar dengan pelajar lelaki di sekolah,maka pergaulan bebas nanti akan menjadi satu kebiasaan. Dan kebiasaan yang paling sukar ditinggalkan ialah dalam aspek pertuturan,sebab manusia memang sukar berhenti bercakap,ada sahaja modal untuk diketengahkan.Dan sedihnya,bukan zikir yang kita biasakan,tetapi kata-kata kurang sopan.



Ubah diri sendiri

Tertarik dengan contoh Ustaz Hasrizal dalam entrinya yang terbaru,mengisahkan perihal Sultan Muhammad Al-Fateh ketika kecil,tertekan menjadi anak sultan.Namun baginda tahu,baginda tidak mampu menukar hakikat baginda sebagai seorang anak Sultan,dan akhirnya baginda membuat keputusan untuk membuat perubahan.Bukan mengubah ayah atau ibunya,tetapi mengubah diri sendiri. Sekali lagi ana ingatkan:
Perbetulkan yang biasa,biasakan yang betul
Membiasakan perkara yang betul hanya akan menjadi sukar jika kamu sendiri tidak mahu.Tanya diri sendiri,"Apa perkara yang sudah menjadi kebiasaan kamu itu betul? Atau hanya diri kamu sendiri meng'halal'kannya?

Kebiasaan atau Ibadah?

Tapi ada satu perkara yang mesti kita ambil perhatian.Soal adat dan ibadah.Ana masih ingat,setiap malam di sekolah dahulu akan diadakan solat hajat usai solat maghrib.Namun andai perkara itu menjadi kebiasaan semata-mata,maka nilai ibadahnya mungkin hilang andai ibadah itu dilakukan tanpa sebarang penghayatan.Macam solat hajat yang sering dilakukan,boleh jadi hanya solat yang sia-sia kerana sudah bertukar menjadi adat.Lepas solat maghrib mesti kena solat hajat.Mujur ada imam yang mengingatkan,jadi tidaklah yang terlanjur menganggapnya sebagai kebiasaan semata-mata.

Itulah fungsi niat dalam kehidupan,membezakan adat dan ibadah.Niatkanlah,semoga setiap habit dan kebiasaan kita merupakan manifesto pengabdian diri kita kepada Allah S.W.T.

Moga kita sentiasa ingat akan amanah dan fungsi keberadaan kita sebagai hamba di bumi Allah.


~Think about it

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?