Bebaskan Diri Anda

Dependent


Memetik kata-kaya dari Stephen Covey dalam The 7 Habits,"manusia tidak boleh berperanan efektif selagi mana dia seorang yang DEPENDENT.Apa itu dependent? Dependent merupakan terikat atau tertakluk dengan faktor luaran sehingga akhirnya mengongkong diri sendiri.Diri terkongkong dengan perkara-perkara lain sehingga menghalang kemajuan diri sendiri.

Misalnya rakan-rakan,suasana sekeliling,ibu-bapa,adik-beradik.. Ada yang memberikan alasan bahawa dia tidak boleh menjadi baik kerana rakan-rakannya kurang baik dan nakal.
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk." 
Bukanlah bermaksud kita tidak boleh berkawan atau bersahabat dengan orang yang jahat hanya kerana perbuatan jahat mereka.Kita dituntut untuk berkasih-sayang dengan semua orang,bukan? Dalam hal ini,kita hendaklah berusaha mempengaruhi mereka untuk berubah,kembali ke pangkal jalan.Andai kita tidak dapat membebaskan diri dari faktor rakan-rakan yang kurang baik,maka kita tidak akan menjadi manusia yang berjaya.Mungkin lambat-laun kita bakal turut terpengaruh.
Bencilah maksiat yang dilakukan,jangan dibenci pelaku maksiat tersebut
Ana masih ingat,semasa masih di bangku sekolah menengah,disebabkan ana merantau jauh dari rumah untuk mencari ilmu,cuti panjang merupakan antara perkara yang paling seronok.Cuti adalah cuti,tidak ada istilah buku teks di rumah.Tapi,apabila ana berada di tahun-tahun peperiksaan penting,semuanya seperti tidak kena. Timbul rasa takut untuk balik ke rumah kerana bimbang tidak mengulangkaji pelajaran.Kerana apa? Ana masih belum mampu untuk membebaskan diri dari beranggapan suasana di rumah adalah tidak kondusif untuk belajar(dipengaruhi hiburan).Jadi ana terpaksa berusaha menggunakan waktu di sekolah dengan sebaik-baiknya(tak jugak).

Menjadi manusia INDEPENDENT.

Bebaskan diri kamu..Tapi ingat,kadang-kadang kebebasan itu membawa kepada kemusnahan.Analoginya mudah.Seekor ikan kecil yang dipelihara di dalam akuarium secara berseorangan,apabila dilepaskan kembali ke dalam sungai pasti akan menghadapi kemungkinan untuk dimakan oleh ikan yang lebih besar atau pemangsa yang lain.

Jadi kebebasan diri memerlukan tempat memegang untuk memegang dan dipegang.Kebebasan diri kita mesti dipimpin.Kalimah لا إله إلا الله mesti diletakkan di tempat yang tertinggi.Dalam kebebasan,kita mestilah bijak membezakan antara tuntutan dan pilihan.
Nampakkah (Wahai Muhammad) keburukan keadaan orang Yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan Yang dipuja lagi ditaati? maka Dapatkah Engkau menjadi Pengawas Yang menjaganya jangan sesat?[Al-Furqan 25: 43]
Jangan tertewas dengan hawa nafsu.Sesungguhnya hanya Allah yang menjadi keutamaan dalam hidup kita.
Selamat membebaskan diri anda.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?