Be ready :)

Semalam satu lagi mesej daripada sahabat ana masuk inbox.Mangsa Program Latihan Khidmat Negara. Dah memang ana dah malas nak tekan keypad phone,jadi ana terus call dia.First benda yang dia cakap:
"Wafi,ana rindu sangat nak cakap ana anta"
Mula-mula ana gelak,tapi bila ana fikir semula,mungkin satu hari nanti ana pula yang akan berkata sedemikian. Dan ana masih mampu bersyukur ana masih mampu untuk terus mengamalkan sunnah baginda Rasulullah tersebut.Syukur ana masih dikurniakan sahabat yang terus untuk beristiqamah.Kemudian dia terus bercerita :
Wafi,doakan ana.Ana takut sangat.Iman ana boleh goyang kat sini.bayangkan sebelah ana orang yang kuat Katolik dan sebelah lagi seorang anak sami yang memang taat pada agama.Diorang tak habis-habis akan berusaha mempersoalkan tentang Islam.
Ana tak pasti apa yang ana jawab,yang pasti kata-kata semangat(haha)..Ana tak lihat perkara ini sebagai satu perkara yang main-main,kerana berkemungkinan besar ana akan berada dalam situasi yang sama nanti.  Walaupun ana masih lagi terperap di rumah,tapi ana cukup yakin cabaran yang menunggu di luar bukan senang untuk ditempuh.

Sebenarnya, Al Qur`an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.[al-ankabut;49]

Apa patut ana buat?Itu soalan yang ana kena jawab,kita kena jawab dengan diri kita sendiri.Apa yang pasti,kita semua kena bersedia.Menambahkan ilmu pengetahuan,kerana dengan ilmulah kita dapat mengalahkan diri kita sendiri,sebelum ingin mengalahkan musuh-musuh Allah yang lain.Jangan mudah berputus asa dengan nikmatNya.Gunakan kesempatan yang ada untuk terus menyiapkan diri.

"Kamu sudah sedia?"
Kalau belum,siapkan diri kamu..!! :) be ready..

 *********************


Baru pulang shopping dengan family di Sunway Carnival.Sudah ada bahan untuk menghilangkan kebosanan di rumah.Ana tak fikir panjang,memang kaki akan mula melangkah ke Popular(kedai buku) dahulu,sebab dah lama sangat ana tak beli buku untuk dibaca.Hanya 3 novel ana pilih,dan salah satunya novel English,Burnt Shadows.Ana pilih Rayyan Fantasi dahulu untuk dibaca.Pastinya novel Ramlee Awang Murshid ana akan habiskan dahulu. :)

Comments

  1. kamu gila novel rupanya..
    bagus la klu gitu..

    ReplyDelete
  2. ana rasa lagi elok gila buku..
    gila novel cam xbest la..
    Syukran ziarah sini..

    ReplyDelete
  3. membaca amalan yang bagus... sentiasa menimba ilmu... akak pun masih terus belajar and belajar ^_^

    ReplyDelete
  4. Oh..novel..
    like it too..
    btul2..kalo sbb buku mmg x ksah gak..hehe=)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?