Tetamu Dataran Syam
Hatimu perlu cekal dan tabah, sesabar tiga sahabat Rasulullah, jiwamu perlu subur dengan Iman, Sesubur dataran Syam bertuah! [Ustaz Hasrizal Abd Jamil] Masih dalam usaha menghabiskan bacaan "Rindu Bau Pohon Tin" karya Ustaz Hasrizal.Jujur,ana cukup terkesan dengan hasil tulisan beliau.Pengalamannya menimba ilmu di bumi Syam digarap dengan cukup baik,bersahaja.Travelog yang mengajak kita mencari diri dan kembara dalam memburu cinta Ilahi. Ber"jiran" dengan sahabat-sahabat Rasulullah dalam menuntut ilmu cukup bertuah.Sungguh,harapan ana cukup tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara,lebih-lebih lagi di Timur Tengah.Ana masih cuba untuk menjadi seorang yang realistik dalam menetapkan matlamat.Walaupun keputusan SPM masih belum keluar,ana tidak mahu memandang rendah kepada diri sendiri.Tapi,walau apa jua keputusan yang Allah tentukan,ana akan berusaha untuk meredhainya dengan hati yang tenang. "Gantungkan azam dan semangatmu se...