Warkah Bisu

Ibn Mas'ud berkata:"Perkara paling sedih tibanya tahun baru ialah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah"
Jujur,ana lupa sebenarnya esok 2011 akan bermula.Usai solat maghrib,mesej dari sahabat ana,Raja Muhd Khairul Akhtar masuk inbox.
Ya Allah,seketika di akhir tahun 2010 berlalu,kini muncul tahun baru yang ceria.Engkau muliakan dan sayangi penerima ucapan yang mulia ini,berkati keluarganya,sihatkan tubuh badannya, llimpahkan rezekinya,jauhkannya daripada fitnah,penganiayaan dan penghinaan,suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan.Makbulkan cita-citanya yang murni.Amin Ya Rabbal 'Alamin.Selamat Menyambut Tahun 2011 [daripada Ramoka93 sekeluarga]
Syukran sahabatku[maaf sebab tak reply di hp].Moga doanya makbul.Semuanya seperti baru berlalu,walau usia sudah hampir menginjak 18 tahun.Episod baru kehidupan bakal bermula,sebagai seorang manusia biasa.Ana pasti,setiap orang pasti sudah ada azam masing-masing,perancangan serta matlamat.Moga setiap yang kita impikan diredhai dan diberkati Allah S.W.T.Kita merancang,Allah juga merancang,namun Allah jualah yang bakal menentukannya.

Moga tahun baru menjadi saksi penghijrahan diri kita.Moga iman dan takwa terus subur dalam diri kita semua.Moga kita makin kuat untuk terus menggalas amanah yang diberi.Moga ana terus setia..

Habibati

Masih ada perkara yang belum selesai sebenarnya tahun ini.Jujur,ada perkara yang belum ana lakukan.Sudah lama ana ingin katakan,tapi ana takut ana lakukannya atas dasar lain,atas dasar kepentingan diri sendiri. Jaga ikhtilat,pergaulan antara lelaki dan perempuan.Ajnabi dan mahram itu sungguh berbeza,sangat berbeza. Bunga yang cantik jarang harum.Apakah pergaulan itu berbeza di alam nyata dan alam maya? Apa kita boleh berinteraksi walau tanpa sebab yang penting di internet dan telefon? Kenapa,kerana mata tidak saling bertentang? Tidak,pergaulannya tetap sama.Jangan menegakkan sesuatu yang batil.Jujur,ana tidak ingin berlagak baik di sini,ana pernah lalui pengalaman yang lagi pahit.Tapi sedarlah,jangan hanya tahu.Tahu dan sedar itu berbeza,dari pengamalannya.Islam tidak menghalang kita untuk bersahabat dan berkawan,tetapi mesti kena pada tempatnya.Moga sentiasa di dalam redhaNya.



Comments

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?