No pain,No gain.

Amirul masih berada di pondok menunggu bas.Menunggu bas untuk pulang ke kampus.Matanya terpandang seorang pemuda tidak jauh dari kawasannya menunggu bas.Dari kerut wajahnya,Amirul pasti pemuda tersebut sedang mencari sesuatu.Pasti barang yang dicari amat berharga buat dirinya.Walaupun hari semakin gelap,pemuda tetap meneruskan pencariannya di bawah sinaran lampu tersebut.

Perlahan-lahan Amirul mendekati pemuda tersebut,ingin mendapatkan kepastian.

"Assalamualaikum..Dari tadi ana tengok anta,apa yang dicari sebenarnya?"soal Amirul.
"Waalaikumussalam..Cincin ana,entah ke mana menghilang,"jawab pemuda tersebut.

Dengan spontan Amirul turut sama mencari.Namun,cincin tersebut tetap tidak dijumpai.

"Betul ke cincin tue tercicir di sini?"
"Ada ke ana cakap cincin tue terjatuh di sini.. Tak lah.."balas pemuda tersebut.
"Habis tu,cincin tue terjatuh di mana?"

"Kat semak sana tue.Sana gelap sangat,susah nak cari cincin tue.Sini ada lampu,senang sikit nak mencarinya..

Amirul hanya menggelengkan kepalanya,dengan raut wajah yang begitu kecewa..


                                                                 *************
Teringat salah satu motto kawan-kawan di sekolah dahulu,"Bukan susah nak susah,bukan senang nak senang."Semuanya memerlukan pengorbanan.Kalau nak jadi manusia yang berjaya,jalannya bukan mudah. Begitu juga jika inginkan keredhaan Allah.Tidak layak untuk kita mengaku beriman kepada Allah andai tidak pernah ditimpakan ujian ke atas kita.Untuk hari-hari yang mendatang,optimislah,bahawa sesungguhnya semua yang ditakdirkan adalah bersesuaian dengan tahap kemampuan kita.Allah itu Maha Adil.

Hidup memerlukan pengorbanan.Pengorbanan lahir dari perjuangan.Dalam perjuangan perlunya ketabahan.Dalam ketabahan,perlu ada keyakinan.Dan keyakinan menentukan kejayaan dan kebahagian.


Comments

  1. emm,,knpe la lau cita ape2 slalu ltk nme amirul..ade ape yg spesel ke nme tu..

    ReplyDelete
  2. Fistly,spe nie?
    Ana suka nama Amirul,cam official sket..
    Cam Amirulhazim la,hot market..haha..
    p/s:sori mirul..

    ReplyDelete
  3. wehh. kerek gler. x pe2. nanti ana wat gak. haha

    ReplyDelete
  4. haha..tue puji kot..
    Ana akan tambah banyak lagi..InsyaAllah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?