al_wafi : Senyum itu Penawar
Alhamdulillah.. Syukran ya rabbi..anzil 'alaina rahmata min 'indik..
***********
Bukan perpisahan dan pengakhiran
Perasaan bercampur baur meninggalkan sekolah yang tercinta.. Tempat yang mengajar setiap insan untuk membezakan antara hak dan batil.. Mendidik untuk membezakan antara tuntutan dan pilihan.. Soal yang memimpin dan yang dipimpin.. Mengajar aku untuk menjadi manusia yang boleh membezakan antara seorang mahram dan ajnabi.. membuat aku berusaha untuk mengubah persepsi diri dan peribadi..
Ana pasti merindui setiap perkara di sana.. But then,ntahla.. Perasaan ingin melarikan diri dari bumi penuh tarbiah itu lebih kuat..Mungkin perkataan melarikan diri kurang sesuai digunakan tapi itulah hakikatnya.. Ana mahu cerita segalanya di sini tapi ana rasa yang sudah berlalu,just biarkan berlalu.. Let the bygone be bygone..
Belajar erti kehidupan
Rasa macam kelakar tapi ummi suruh jadi babysitter kat rumah..Haha.. Jaga adik kat rumah.. Beliau cakap daripada membazir hantar Wazif(adik),baik bayar kat ana jek.. Apa2 pun,ana tak kisah sangat.. Boleh duduk rumah,belajar masak..Haha.. Ya,ada beberapa perkaa yang ingin ana belajar.. Perkara yang ana tak berkesempatan nak belajar di Smap Kajang.. Dan,masih banyak buku yang minta dibaca.. InsyaAllah ana akan habiskan semuanya..
Habibati
Syukran 'ala kulli hal.. Walaupun kadang2 ana melampaui batas.. tapi itu hakikat sebenarnya.. Satu kebenaran yang bukan dibuat-buat.. Allah itu Maha Kuasa.. Penentu setiap perkara yang berlaku pada hambaNya.. Moga setiap perkara yang berlaku,ana nampak hikmahnya..
Comments
Post a Comment