Masih Mencari

Dengan namaMu Ya Allah...Rabbal 'Alamin...

Sudah lama ana biarkan blog ini tanpa sebarang coretan.. Alhamdulillah,ana masih punya peluang untuk menulis sebentar. Masih ada hari sebelum detik peperiksaan bermula,yang bakal menjadi permulaan menghadapi kehidupan yang lebih mencabar.. Meneruskan amanah Al-Khaliq sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan mengimarahkan bumiNya yang penuh nikmat,menjanjikan nikmat yang lebih mengasyikkan di akhirat kelak..

Jujur,banyak yang ana nak kongsikan di sini,tapi masa masih belum mengizinkan..InsyaAllah,ana akan cuba manfaatkan ruang blog ini dengan sebaiknya kelak.. Template blog sebelum ini sudah rosak,jadi ana terpaksa design template baru yang tidak seberapa ini.. Ana akan kekalkan wajah blog ini sehinggalah ana punya waktu yang cukup untuk membuat design yang lebih baik..

Jadi,di kesempatan ini,ana Muhammad Hazmi Al-Wafi bin Abu Bakar ingin memohon maaf jika ada khilaf dan silap selama ini.. Diri ini bukan sesiapa,hanya manusia biasa..Salah dan silap itu perkara yang biasa.. Alangkah bahagianya hati untuk mengetahui keredhaan manusia itu sudah dicapai sebelum ana pergi bejihad kembali ke sekolah...Akhirnya,tetamu yang telah lama ana tunggu bakal tiba..Doakan kejayaan kita bersama..

Dan di kesempatan ini juga ana ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha..Pengorbanan kita selama ini pasti membualkan hasil yang setimpal..


Comments

Popular posts from this blog

Umur bertambah,Usia berkurang

Perubahan : Menjadi lebih baik dan sentiasa baik.

Belajar Perlu Berguru