Si kreatif laknatullah..

Akibat keletihan yang amat sangat,Syeikh Abdul Kadir al-Jailani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu Subuh hampir tiba..Melihat kejadian itu,syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Kadir.Syeikh Abdul Kadir lalu terbangun. Mujur waktu Subuh baru sahaja masuk.Dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.

"Mengapa engkau kejutkan aku untuk solat Subuh,padahal engkau amat benci kepada mereka yang melakukan Solat..?"

"Aku bimbang sekiranya engkau terlewat bangun untuk mendirikan Solat Subuh."jawab syaitan. Aku takut jika engkau terlewat untuk menunaikan solat subuh,engkau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan lain yang lebih banyak dan lebih serius,"kata syaitan tersebut.
Tambahnya "Engkau akan bersedekah.Engkau akan membantu orang lain.kau akan mengajar lebih lama.Kau akan membaca al-quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti,aku dan kawan-kawanku nanti akan mendapat susah.Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar.Jadi,lebih baik engkau solat Subuh tepat pada waktunya,dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti..!!

***********

Sekadar perkongsian bersama.. Itulah syaitan,makhluk yang sedang dirantai sekarang.. Begitu kritis pemikirannya. Musuh manusia yang nyata lagi terang,sudah termaktub di dalam Al-Quran. Syaitan bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat,tetapi juga arif tentang keutamaan dalam beramal..

Musuh kita hebat,jadi kita juga perlu menjadi makhluk Allah yang hebat.. InsyaAllah..
Kejahatan yang dirancang dengan penuh ketelitian mampu mengalahkan kebaikan yang tiada strategi untuk mancapai kecemerlangan.

 

Comments

  1. assalamualaiku,,,

    cite ni agak lucu tp pengajaran'y amat bermakna,,,1st time baca sy dh tergelak,,,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?