Flashbacks

Actually banyak perkara yang ana nak tulis kat sini,tapi xtaula kenapa baru sekarang terasa nak tulis..

-Muzakarah SPM dan PMR

Kalau boleh memang ana xnak susahkan ummi dan abuya datang jauh2,tapi ana memang bersyukur sangat2 kalau ummi dan abuya berpeluang untuk datang ke sekolah.Seriously,ana jarang ceritakan apa yang berlaku kat skola,ana just mention "alhamdulillah,wafi ok jek.." Walaupon itu bukanlah jawapan yang terbaik,tapi itulah jawapan yang sering diberikan.. Alhamdulillah,ana xde la kena blame sangat time muzakarah tue.. Ana rasa kesalahan yang memang selalu ana [just] x masuk kelas [je]..dan lack of concentration dalam kelas.. Chemistry,satu-satunya subjek yang memang [dulu] ana ketinggalan sangat sampai ana memang dah x sempat nak kejar silibus dalam kelas..pastu terpaksa study sendiri dalam kelas.. Atas dorongan rakan2[yela,asyik kena bahan jek..] alhamdulillah sekarang normal sket.. Alhamdulillah,guru2 banyak bagi nasihat yang berguna..Jazakallahu khairan khatira..

-Cikgu Malik

Perkara nie bukan penting sangat pown,tapi ana takut ada kekeliruan yang terjadi dan ada yang berprasangka.. PIBG ambil inisiatif jemput guru luar untuk ajar pelajar2 form 5 subjek fizik dan add math.. Alhamdulillah,gurunya memang hebat.. Sebab beliau memang seorang lecturer.. Tapi ana minta maaf Cikgu Malik,saya tidak mampu untuk datang ke kelas sebab saya rasa saya ada alasan saya sendiri.. Kalau saya ada masa lebih memang saya akan datang,tetapi untuk menjawab beberapa soalan dalam masa 3 jam,saya lebih mengira itu sebagai satu pembaziran. Dengan tindakan sesetengah pihak yang seperti mengecilkan kehebatan guru2 Smap Kajang,ana tidak boleh terima benda tue.. Pihak atasan tidak meletakkannya sebagai satu kewajipan untuk hadir ke kelas tersebut,jadi ana kira tidak salah untuk ana menggunakan waktu 6 jam pada hari Ahad tersebut untuk study bersama raka2 yang lain. Tapi,kalau memang pentadbir meletakkan kelas itu sebagai satu kewajpan,InsyaAllah ana akan hadir..

-Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan itu bulan yang penuh rahmat dan keberkatan.. Kalau ana nak citer dari mula,panjang sangat.. Jadi ana terasa nak cerita pengakhiran ramadhan di smap kajang[ini tahun last].. Seperti biasa,hari jumaat semua akan berkumpul di masjid[sekolah nak kasi duit raya].. Kalau ikutkan hati,memang ana rasa nak balik awal hari tue,sebab ana dengan kwn2 yang lain rancang nak pergi masjid India.. 

Tapi ana takut lak nanti kalau cikgu tanya "Wafi mana?" So,pagi tue ana lambatkan sedikit perancangan untuk keluar.. Memang ana tahu pagi tue akan diadakan infak ramadhan kepada anak-anak yatim dan mereka yang terpilih..ana tengok senarai tue dekat 130 orang jugak yang dapat.. Dalam hati memang dah tahu,konfem lambat majlis nie habis.. memang pown..

Allah sukakan orang2 yang sabar,dan alhamdulillah,tiba2 pengetua datang ke depan dan beliau cakap
"Saya sudah minta izin Tuan Haji Samad untuk berikan juga sumbangan kepada imam2 terawih"
Disebabkan banyak lagi sampul yang tidak bertuan,23 orang Imam diberikan sumbangan walaupown kitorang dah dapat waktu khatam Al-Quran hari tue..Alhamdulillah,rezeki bertambah..epas tue,tiba2 pengetua panggil ana untuk ke depan,suruh bagikan juga sumbangan kepada mereka yang selalu mengimarahkan masjid.. So ana pilihlah beberapa orang yang ana rasa layak.. 

Pastu,boleh pulak Ustazah suruh ana cadangkan nama dalam kalangan puteri,pulak dah..
"Mana saya tahu Ustazah,saya kat masjid,diorang kat musolla puteri"
 "Mana boleh,awak mesti tahu semua."Ustazah menjawab.
Dah terpaksa,ana panggil la ikut jawatan tertinggi,so ana panggi PKU dulu.Dan ana dah tahu apa reaksi orang lain time tue.. Ana wat rileks jek.. Pastu ana panggil sorang lagi,ketua naqibah..Keadaan kembali seperti biasa.. Alhamdulillah.. lepas bermaafan dengan guru-guru,terus keluar meninggalkan Smap,dengan tambahan RM100 dalam poket untuk dimanfaatkan.. Alhamdulillah..

Hoki Piala K. Rajalingam.

Tournament terakhir ana kira sebagai pemain hoki untuk SMAP Kajang.. Alhamdulillah,Kapten sempat carikan satu lagi game untuk kitorang..Menang tue memang xde dalam target pown sebenarnya.. Masing2 mengharapkan untuk bertembung dengan pasukan yang lebih kuat dan nak try jersey yang baru siap..haha. Memang tournament kali nie menawarkan hadiah yang lumayan,RM 3000,so konfem team kuat2 akan main gak.. Alhamdulillah,walaupun kurang sukses untuk tournament last nie tapi ana puas hati..

Cuak tue sebenarnya ada juga,tournament nie tengah2 trial sebenarnya..Lusanya kena jawab Syariah Islamiah.. Tapi masing2 setuju x kisah sangat.. Dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar hari tue.. Kami mampu beraksi dengan baik..walau pun hanya pulang dengan tangan kosong..

SUKMA[Sukan Asrama] Putera

Untuk sukan peringkat sekolah tahun nie,ana pilih bola keranjang.. Kapten ajak main hoki,dan ada gak keinginan untuk main futsal atau takraw,tapi bila difikirkan balik,ana rasa basketball peluangnya cerah untuk ana dapat medal,so ana buat keputusan nak main basketball..

Karnival kali nie menggalakkan semua pelajar memilih satu sukan untuk seorang,so xde pelajar yang boleh bolot semua sukan. Semuanya dijalankan serentak dalam sehari.. Semuanya seperti dijangka,dan alhamdulillah pasukan ana berjaya untuk menjadi juara.. Ini satu-satunya sukan yang ana berpeluang untuk jadi scorer.. Tugas kali nie cukup mudah,ana hanya perlu minta bola,lari sket2,then bola tue dah masuk jaring..Alhamdulillah...

Untuk keseluruhan,Khalid Al-Walid tidak menang.. Tariq Ziad terus mengungguli dalam bab sukan.  Cayala AMIRULHAZIM...

Comments

  1. "Mana boleh,awak mesti tahu SEMUA."Ustazah menjawab.

    lawak ar..
    wonder ustazah yg mana.
    haha

    ReplyDelete
  2. "Mana boleh,awak mesti tahu SEMUA."Ustazah menjawab.

    lawak ar..
    wonder ustazah yg mana.
    haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?