al_wafi itu kesetiaan...
Kumulakan tintaku dengan menyebut namaMu tuhan sekalian alam..alhamdulillah,hanya kepadaMu selayaknya semua pujian itu diberikan.
Masih setia
Sudah lama ana biarkan blog ini kesepian..tanpa sebarang coretan atau perkongsian ilmu... Aduhai,ana tidak bermaksud untuk mengeluh tetapi sungguh,ana tidak punya waktu yang cukup.. Jihad di bumi barakah itu ana kira lebih penting memandangkan ana berada di sana.. Belajar dan terus belajar tanpa pernah cuba untuk mengenal apa itu letih.. Alhamdulillah,akhirnya ana diberikan peluang untuk pulang ke kampung, meluangkan hari-hari terakhir ramadhan Al-Mubarak bersama keluarga tercinta di Pulau Pinang..
Sungguh,banyak perkara yang ingin ana coretkan di sini.. Segala perkongsian yang ana kira berguna untuk dimanfaatkan dan disebarkan buat kebaikan semua.. Juga pengalaman terakhir meniti kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah yang pastinya ingin ana abadikan dalam ruang maya ini.. pahit manis sebagai seorang pelajar itu sungguh indah sebenarnya...sungguh..!!
SPM itu mudah..
Mudah untuk diungkapkan,juga mungkin mudah untuk ditempuh,andai diiringi wasilah dan method yang betul.. Ana masih belum mampu untuk set mind ana untuk mengatakan bahawa ana sudah bersedia menghadapi SPM,sungguh ana tidak berani..walaupun ana sudah tidak sabar menanti kunjungannya 3 bulan lagi.. Aduhai,bukan waktu yang panjang sebenarnya...
Trial SBP yang berlalu sememangnya memberi pengajaran.. Walaupun ada subjek yang naik dan masih banyak yang turun dan tidak naik, tetapi hakikatnya semua itu juga bukan atas usaha yang bersungguh-sungguh.. Sungguh mengecewakan.. Lebih kurang lima subjek yang ana perlu consult cikgu untuk dapatkan markah,yang akhirnya alhamdulillah,2 subjek yang sepatutnya 69 jadi 70,biologi yang sepatutnya 79 jadi 80, cuma untuk Syariah Islamiah ana masih mengharap,moga-moga ustazah Mahimun bermurah hati jadikan 89 kepada 90.. Rugi rasanya,sebab add math menjadi penghalang straight A's untuk kali ini.. Dan juga bila terkenangkan KFC bucket yang terlepas..haha.. Kalau ana dapat A+ untuk Chemistry,kawan nak belanja KFC,tapi ana x dapat[ dia memang yakin ana xkan mampu].. Memang ramai yang tahu hakikat betapa ana betul2 xde bond dengan subjek nie.. Maybe ana ada khilaf dengan cikgu,sebab ana jarang tumpukan perhatian dalam kelas..bukan apa,tapi ana terpaksa belajar perkara yang sudah banyak ana terlepas.. Aduh,minta maad cikgu..tapi alhamdulillah,ana berjaya tingkatkan gred untuk kali nie..itu sudah cukup untuk membuat ana tersenyum..
Trial JPS menanti.. Jadi ana perlu bersiap sedia.. dah 2 exam ana gagal untuk dapatkan straight A's.. Moga-moga untuk trial yang akan datang nie membuatkan natijah yang ana harapkan... Ana masih ingat masa exam yang lepas,bila ummi silap dengar masa ana bagitahu yang ana dapat 10 A je,tapi ummi dengar 11 a.. Ummi terlalu gembira waktu itu.. Tapi akhirnya dia terpaksa menelan hakikat ana hanya dapat 10 A.. aduhai,moga-moga aku berjaya kali ini...
Blogging..
Ana akan cuba manfaatkan cuti ini betul-betul... Ana cuba untuk mendalami tafsirr al-Quran.. jadi InsyaAllah ana akan kongsikan tafsir Al-Quran dalam blog ini.. Pastinya bukan tafsiran ana,tetapi tafsiran mufassirin terkemuka dunia.. InsyaAllah...
Janji untuknya
Betapa ana tidak mampu untuk terus menidakkan hakikat.. Ana minta maaf.. Ana assif jiddan..Ana tidak mahu menjadi manusia yang melampaui batas.. Buat masa sekarang,tiada perkara yang melalaikan.. Walaupun ana tidak mampu untuk menipu diri sendiri..Perubahan ini kadang kala menyakitkan.. tetapi semuanya untuk kebaikan..
Change for greater good...
Comments
Post a Comment