Pesakit

Pemilihan Pemain Hoki Daerah Hulu Langat...9 April

Pemilihan berlangsung di Stadium Hoki Tun Razak,Jalan Duta.. Ana ada terfikir gak sebenarnya nak pergi ke taknak..tapi bila fikir balik,dah alang2 ada peluang,buat apa nak dilepaskan..Btol tak? Tapi bukan semua kawan2 hoki ana yang pergi..Kebanyakan xnak..itu hak mereka.. Lagipown kami semua mengejar sijil..hehe.. Ana sorang je yang xde sijil hoki lagi untuk tahun nie sebab Open UKM hari tue ana tidak berpeluang bermain dengan diorang..ada kekangan kursus..

Thanx untuk Maahad Hamidiah sebab tumpangkan kitorang.. Adeyh,Smap ada masalah pengangkutan, dah lama bas buat hal "merajuk'.. Tapi still ada beberapa kawan2 ana yang tidak dapat ikut.. dan Alhamdulillah kami berjaya sampai ke stadium walaupown lambat sedikit..

Pemilihan berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah,ana berjaya perform dengan baik.. Ramai gak yang datang untuk mencuba nasib..Pemain2 ditapis sehinggalah tinggal 23 orang pemain.. dan alhamdulillah ana tersenarai dalam senarai tersebut.. Tapi,kami semua perlu melalui latihan 3 hari dan 5 orang lagi akan dibuang.. Aduh,hati masih x tenteram...

Latihan Pusat Hoki Hulu Langat

Latihan bermula 26-28 April lepas di UKM.. Jam 8 pagi -5 petang.. Adeyh,makan waktu sekolah lagi jawabnya.. Memang sakit.. Ana  tersilap langkah sebenarnya sebab ana tidur agak lewat sebelum latihan..pkul 3.30 pagi baru ana tido..sHari pertama je kitorang "diseksa" teruk.. Memang cramp la jawabnya..Mula-mula fitness kitorang diuji.. mm,memang penat..kitorang dipush habi-habisan... Coach sedang menganalisa pemain untuk posisi masing-masing..dan juga mencari calon untuk dikeluarkan dari pasukan Hulu Langat..

Alhamdulillah,kitorang boleh berulang alik ke sekolah,maksudnya tidak perlu centralize di UKM.. Ingatkan malam nak study,tapi keletihan menguasai badan.. Kecewa betul.. Esoknya,bila bangun pagi,ana rasa macam xnak pergi je latihan untuk hari kedua,tapi bila difikirkan balik,baik ana teruskan..

Hari terakhir,latihan fitness dikurangkan..syukran coach.. Kami banyak didedahkan dengan tactical.. Sebenarnya semua still x senang hati sebab masing-masing tahu kemungkinan akan dikeluarkan daripada pasukan.. Dalam hati ana pun ya la berdoa supaya tidak dikeluarkan sebab rasa rugi tinggal kelas.. Dan sebelum balik ,keputusan keluar.. Muhammad Hazmi Al-Wafi bin Abu Bakar,posisi Stopper[defensive],jersi no 3..alhamdulillah...ana dan pemain lain akan menetap di Hotel Goldcourse,Klang dari 5-9 Mei nanti.. Doakan kejayaan kitorang..

Sunburn: Lumrah Pemain hoki

Haha..agak kelakar bila tengok muka kat cermin..Hitam sangat..Selalu sunburn berjemaah dengan pemain hoki lain tapi kali nie just beberapa orang je form 5 yang sunburn.. Memang kena bahan la.. Jalan je mana-mana mesti orang usha pelik.. Nie Wafi ek?? Haha..kelakar betul.. Kadang-kadang ana lepak bilik guru,tapi buat masa nie ana segan sangat nak jenguk..nanti mesti ramai yang terkejut.. Memang tiap2 tahun ana sunburn tapi xtau la kenapa tahun nie rasa lain sket..janggal semacam je..

Apa2 pown..semua nie ada hikmahnya.. Moga-moga ana dapat teruskan pendakian ana dengan baik..

memori dahulu..

Comments

  1. wafi......
    zepah doakan hang berjaya...
    tetapi ingt study tu jga jgk...
    insyaAllah

    ReplyDelete
  2. bagaimanakah utk mengikuti blog ini?-org buta it-sggh ana musykil@tak tahu.tq

    ReplyDelete
  3. hoki itu best kan? taniah !!

    ReplyDelete
  4. SMAP Kajang still lg hebat dr team HULU LANGAT..
    ini 1 fakta dan bukn nyer 1 auta..hahah

    kngn mnis..
    SMAPK vs HULU LANGAT 2-1

    ReplyDelete
  5. a'a..
    ternyata smap kajang memang hebat..
    moga2 kehebatan tersebut trus berkekalan dari generasi ke generasi.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perubahan : Menjadi lebih baik dan sentiasa baik.

Umur bertambah,Usia berkurang

Belajar Perlu Berguru