Kadang kala kita tertipu..



Ya ,kadang-kadang kita tertipu..walau sepandai mana diri kita..tertipu dengan limpahan rahmar dan nikmat Allah..Jika direnungkan,setiap yang berlaku dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim,ada dua keadaan;masa senang dan masa susah..dan jika difikirkan lagi,lebih banyak kesenangan yang Allah berikan..begitu melimpah ruah nikmatnya,sehingga tidak terhitung..walaupun seluruh lautan dan pokok yang menghijau digunakan untuk dijadikan dakwat dan pen,lalu ditulis semua nikmat yang Allah kurniakan,pasti tidak tertulis.. Sebagaimana firmannya:

“Sekiranya kamu menghitung nikamt-nikmat Allah,nescaya tidak dapat kamu hitung..”

FUNGSI HATI UNTUK MEMAHAMI

“Sesungguhnya telah Allah tempatkan di dalam neraka jahanam kebanyakan daripada jin dan manusia..diberi hati kepada mereka namun tidak mereka gunakan untuk memahami..”

Sejauh mana kita faham,tujuan asal kejadian kita sebagai seorang khalifah di bumi Allah dan seorang hamba yang disuruh mengtauhidkannya?Sejauh mana kesedaran kita sebagai seorang pelajar untuk terus merasa tidak puas mencari ilmu,,buat bekalan masa hadapan yang lebih mencabar?Sejauh mana penghayatan kita dalam beragama?Apakah kita orang “beragama” atau orang “agama”?Sejauh mana kita memahami,bahawa kitalah perintis kepada proses memartabatkan kembali Islam sebagai agama yang paling diredhaiNya?
Betapa kita sering alpa...seringkali kita menilai luaran diri kita? Sudah mandikah aku? Adakah baju aku sudah bergosok? Apakah kereta aku telah selesai dicuci? Ya,seringkali kita memastikan luaran kita bersih,Nampak kemas di mata orang.. Tetapi sedarkah kita,kesucian hati kita sering terabai? Seringkali perut mengadu..lapar katanya.. Tetapi sedarkah kita hati kita sedang kebuluran? Ya,kita terlalu alpa..kondisi hati kita seirng tidak terurus..dibiarkan terus menderita.. Dimana silapnya kita?
Sebagaimana sabda baginda rasulullah:

“Sesungguhnya di dalam setiap jasad manusia ada seketul daging..Jika baik daging tersebut maka baiklah seluruh jasadnya,Jika buruk daging tersebut maka buruklah seluruh jasad tersebut.Sesungguhnya daging tersebut adalah hati.” 

Perlu kita sedar,fungsi hati sebagai “main system dalam badan kita”.. Menjadi indicator keperibadian kita sebagai muslim.. Antara yang memainkan peranan penting dalam mengalahkan godaan nafsu yang seringkali menggantikan fungsi hati sebagai “central system”.. jika kita mampu mengawalnya dan menjaganya dengan baik,InsyaAllah kehidupan kita dipaksikan kerana Allah semata-mata..

Ana akui,walaupun ana bersekolah di sebuah sekolah agama,namun untuk menjaga kesucian hati itu merupakan perkara yang sukar..Syaitan dan iblis laknatullah begitu “komited” dan “istiqamah” dalam melaksanakan tugas mereka.sangat berlainan dengan segelintir manusia.. Hati itu terlalu sukar untuk dijaga..tambahan pula dengan kecanggihan zaman yang segalanya terletak di hujung jari..seringkali iman berkocak..Lebih-lebih lagi bila berfokus soal hawa..soal wanita..benarlah sabda baginda,apabila wanita itu dikatakan fitnah terbesar buat umatnya..namun,semuanya terjadi apabila kaum Adam tidak mampu untuk membentuk kaum hawa sebagaimana rasulullah mebentuk anaknya Fatimah,maka fitnah wanita terus bermaharajalela..

SIHAT DAN MASA LAPANG

Dua nikmat yang seringkali menipu manusia..dan ana akui,ana sendiri tertipu.. yela,bila ada masa lapang berblogging[haha..]..ya,acapkali kita tertipu.. Tidak perlu ana ambil contoh lain,ana hanya perlu cermin diri sendiri.. Ana memang tidak punya banyak masa untuk tahun nie..setiap saat diminta diisi..kadang-kadang diri ini mengeluh..Tetapi kita semua kena ingat.. Suatu masa dahulu pernah Allah berikan kita kelapangan,tapi apa yang kita buat?? Makin banyak perkara melalaikan yang kita buat..semuanya dipersiakan..sekarang baru menyesal.. Dulu,soal amanah selalu diperkecilkan..sekarang bila dah sedar,Alhamdulillah masih belum terlambat..banyak yang masih boleh diperbaiki..

Buat pemuda dan pemudi di luar khususnya rakan-rakan serta sahabat-sahabat di smap kajang,suka untuk ana memeperingatkan,betapa kita oerlu menghargai segala nikmat byang kita miliki sekarang..jangan sesekali disia-siakan.. Zaman remaja kita tidak akan kembali berulang..hedonisme,budaya-budaya Barat serta couple.. Lupakan  buat masa sekarang.. Belum sampai masanya untuk bercinta..

Dan jika disoal tentang nikmat kesihatan,ana cukup terkesan sebenarnya.. Mungkin ini ujian daripadanya.. Sebagai kifarah kekhilafan masa lalu yang cukup banyak..kealpaan dan kelalaian sebagai seorang hamba..apabila terlalu yakin dengan kekuatan diri sendiri..

ZIKRULLAH MENENANGJAN HATI

Allah itu Maha Penyayang..sentiasalah berzikir mengingatinya..Taqarrub billah.. Nescaya Allah menjaga hati kita daripada dinodai..daripada terus dikotori..Basahkan bibirmu dengan alunan zikrullah..mulakan langkahmu dengan Bismillah,dan akhiri segala kebaikan dengan Alhamdulillah..Ikatkan dan tautkan hati kita pada Allah..supaya kita dapat memahami apa yang terjadi,merupakan takdir ketentuan Ilahi..

Comments

  1. smoga org akan lebih bjaga2 dgn dua nikmat ni n x mensia2kannya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?