Kursus Kepimpinan di Johor..



6 Mac-10 Mac 2010
Sekolah Tun Fatimah,Johor Bahru..

Lima hari berkampung di Johor,meninggalkan rakan-rakan seperjuangan di Smap Kajang.. Alhamdulillah,bukan sekadar secangkir ilmu yang diperolehi di sana..bahkan terlalu banyak.. Bukan sekadar ilmu sebagai seorang pemimpin,tapi hakikat sebenar diri sebagai hamba Allah yang dipertanggungjawabkan untuk mengimarahkan bumi Allah..

Pengalaman yang diperoleh sememangnya sukar dilupakan.. Hakikat Malaysia dihimpit kekangan ekonomi memang tidak dapat dinafikan.. Yang sememangnya memberi kesan terhadap Kementerian Pelajaran.. Dari awal lagi,memang ana tidak terlalu mengharapkan suasana kursus dalam keadaan serba mewah kerana pihak sekolah sendiri terpaksa membayar pembiayaan kursus..Tapi,alhamdulillah,kegawatan ekonomi mengajar pemimpin Islam Malaysia akan datang tidak terlalu cintakan dunia dan kemewahan sementara..

Allah telah merakamkan dalam Al-Quran betapa dunia ini hanyalah sekadar sementara,dianalogikann sebagai padang untuk hambanya melakukan amal.. Dan alhamdulillah,sepanjang kursus,kami diberi pengalaman bahawa hidup saling melengkapi,saling berkongsi,suka dan duka... Ana still ingat,rumah flat yang berkemudahan dua tandas dikongsi hampir 30 orang pelajar@pemimpin pelajar..waa..terpaksa bangun seawal 4 pagi untuk mandi,dan sampai subuh tandas akan sentiasa digunakan..haha..

Pengisian yang diberikan agak padat(walaupown ada slot yang ana x rasa functionnya..hehe).. Bagaimana seorang pemimpin itu seharusnya orang yang bijak dan tenang dalam memutuskan satu keputusan untuk mencapai matlamat dan dasar kepimpinannya..Bagaimana seorang pemimpin  itu harus ikhlas dan berpegang dengan wasiat dan amanat yang ditinggalkan Rasulullah dalam memimpin iaitu Al-Quran dan As-Sunnah..

Dan ana berpeluang melihat dengan lebih dekat personaliti dan gelagat para bakal pemimpin dunia.. Dan juga attitude diorang di sebalik tabir..haha.. Memang sempoi..masing2 punya gaya tersendiri.. Betapa ana bertuah untuk terpilih mengikuti kursus nie sebab banyak yang ana belajar..InsyaAllah..

Comments

  1. Mana Kak Nazirah dalm gambar??

    ReplyDelete
  2. wah, ana sentiasa cemburu dgn SBP.. bnyak peluang2 besar dan best macam ini..
    teruskan berjuang dan menimba pengalaman.. ummah dahagakan tokoh..=)

    ReplyDelete
  3. to Muslimah_SMAPK:
    ana bkn satu group dengan kak nazirah anti..

    To Aeisyulillah:
    SBP pown tetap terasa kesan kegawatan ekonomi malaysia..program nie kalau x dibatalkan,tapi nie inisiatif sendiri nak wat program..tue keadaannya agak daif walaupown menyeronokkan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?