Panahan Syaitan..


" Katakanlah kepada orang2 beriman laki2 agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya."
( An-Nur : 30-31 )

Allah merakamkan di dalam Al-Quranul Karim,bahawa setiap lelaki dan wanita yang beriman diwajibkan menundukkan(menjaga) pandangan mata..Allah tidak hanya menyuruh kaum adam sahaja malahan Allah mewajibkan kedua-dua jantina dalam hal ini.. Jelaslah hal ini merupakan antara elemen penting dalam kehidupan seharian yang harus dimainkan peranannya oleh setiap pihak..

Jadi,dalam konteks zaman serba moden dan canggih,rata-rata maklumat diperoleh dari hujung jari,menjaga pandangan adalah antara perkara yang sangat sukar dan payah untuk dilakukan.. Baik yang memang berat matanya memandang perkara maksiat ataupun mereka yang memang berniat untuk mendekatkan diri dengan maksiat melalui nikmat mata yang Allah kurniakan kepada makhliknya..

Ingatlah,saat Allah mengugut hambanya melalui firmanNya:
"Jika kamu bersyukur,maka Kami akan tambahkan nikmat yang kami kurniakan kepadamu,akan tetapi jika kamu kufur,sesungguhnya azabku amatlah pedih.."

Jika melihat kepada persekitaran dunia millenium sekarang,jika antum berpengalaman berjalan-jalan di kawasan bandaraya,bukan sekadar Kuala Lumpur,bahkan kotaraya yang kecil pun,masyarakat terlalu memandang remeh soal aurat yang menyulitkan sesetengah pihak yang mengerti soal dosa dan maksiat..Kadang-kadang memang kita langsung tidak berniat untuk melihat perkara yang ditegah oleh Allah,namun persekitaran tidak menyebelahi kita..

Nak ditegur,aduhai,bimbang dimusuhi,bimbang diri sendiri masih belum sempyrna untuk menegur orang lain..alahai..at last,ambillah langkah terakhir dalam berdakwah..melalui hati,walaupun ianya selemah-lemah iman..tapi jikalau itu yang kita mamou,InsyaAllah itulah yang terbaik allah tetapkan untuk diri kita..

Menyentuh soal menjaga pandangan,di sini ana selitkan antara kelebihan menjaga mata:

Antara rahsia kewajipan menjaga mata:
  1. Ia bereerti menunaikan perintah Allah Taala. Tiada manusia yang bahagia di dunia dan di akhirat kecuali dengan menunaikan perintah2 Allah.
  2. Ia akan menguatkan hati dan membahagiakannya sedangkan meliarkan pandangan akan melemahkan hati dan membuatkannya gelisah.
  3. Ia membuatkan hati selalu bermesraan dengan Allah sebaliknya akan memporak-perandakan hati dan fikiran jika ia meliarkan pandangan. 
  4. Ia akan melepaskan hati daripada tawanan syahwat. 
  5. Ia akan membentengi seseorang daripada pintu syaitan.
  6. Ia akan menguatkan akal dan menambah kecerdasan.
  7. Ia akan mengosongkan hati daripada pelbagai maksiat.
  8. Ia merupakan mas kahwin bagi bidadari. 
  9. Ia akan membantu seseorang dalam menuntut ilmu. 
  10. Ia akan melahirkan hati yang gagah dan berani hingga membuatkan seseorang itu memiliki wawasan luas dan daya penghujahan yang mantap.

Comments

  1. Astaghfirullah..
    betul.. memang susah nak jaga mata..
    tambah2 lagi kalau cakap x tengok mata..
    nak biasakan susah..hanya dengan istiqamah kita boleh lakukannya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?