Aduhai Valentine..

Assalamualaikum..moga hari ini lebih baik daripada semalam..aduhai..bangun pagi, baru ana perasan..hari ini dah masuk 14 haribulan..masa berlalu dengan pantas.. Ada lebih kurang sepuluh purnama lagi..sebelum tiba saatnya dewan Nik Mahyuddin menjadi saksi (insyaAllah) kejayaan pelajar Smap Kajang..Aduhai..

Tapi ana perasan gak..hari nie tentunya menjadi hari yang "istimewa" buat pasangan-pasangan kekasih..pastinya hari ini dinanti-nanti..Kononnya hari paling agung dalam percintaan mereka..Ya,hari untuk saling mencintai..Valentine, hanya mengubah hati menjadi hitam..Perayaan yang datangnya daripada orang agama lain, akhirnya diikuti oleh masyarakat sedunia. Hakikatnya,apa sebenarnya Valentine Day?? Hari Kekasih yang diagung-agungkan tanpa usul periksa..??

Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. 

Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. 
[iluvislam]

Valentine bukan perayaan orang Islam. Perayaan yang muncul daripada nama paderi Kristian.
Tapi umat Islam,tanpa usul periksa meraikannya..aduhai.. 

Nabi SAW bersabda :
(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)
Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)
Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata, ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. 

Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.
Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berkaitan dewa dan sebagainya.  Selain daripada asal usul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.

Tidak harus pula meniru orang kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan.
Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722) 

Rasulullah SAW bersabda:  
“Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia adalah dari kaum tersebut” 
Hadith riwayat Tarmidzi.
 
Allah SWT berfirman:  
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil yahudi dan nasrani itu menjadi pemimpin-pemimpin kamu. Sebahagiam mereka memimpin sebahagian yang lain. Barangsiapa antara kamu yang mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk pada mereka yang zalim.” 
Surah Al-Maidah ayat 51.
 
Perayaan Valentine ini sah-sah bukan daripada Islam. Rasulullah SAW tidak merayakannya. Para sahabat juga tidak merayakannya. Para tabi’in dan tabi’ tabi’in juga tidak merayakannya. Ditambah lagi perayaan ini membuka pintu kepada maksiat seperti ikhtilat dan zina, maka sesungguhnya perayaan ini menjadi satu perayaan yang terkeluar dari sambutan orang Islam.

Aduhai..cinta itu suci..terlalu suci untuk dikotorkan..Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta..

Comments

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?