Satu hakikat yang terkadang kita terlepas pandang,bahawa sebenarnya usia kita tidak pernah bertambah.Jika semalam ana berumur 17 tahun,dan hari ini ana menginjak ke umur 18 tahun,apakah usia ana bertambah? Tidak. Usia ana tidak bertambah.Bahkan semakin berkurang dan terus berkurang,seiring dengan peredaran waktu. Pabila usia hanya Angka "Usia tu hanya nombor.Asalkan kita sihat,masih boleh berjalan,maknanya umur tu,tolak belakang." Ayat di atas ana petik daripada kata-kata seorang artis Malaysia dalam satu video yang ana tonton beberapa hari lepas di YouTube.Ayat ini merupakan antara kata-kata awalnya semasa diwawancara dalam salah satu program hiburan di TV3,sebelum dia mengeluarkan kata-kata menghina isteri Rasulullah,dengan mempersoalkan perbezaan umur Rasulullah dan Siti Khadijah ketika mereka berkahwin. Mungkin,dia tiada niat atau tidak bermaksud untuk menghina isteri Rasulullah,tetapi itulah yang terjadi apabila usia itu sekadar nom...
Comments
Post a Comment