The Art of Sleep,,..

Tatkala ana menaip sekarang,ana sebenarnya telah selesai menjayakan satu eksperimen..hehe..xdela cam eksperimen tapi boleh dikatakn camtue la..ana berusahakan untuk manfaatkan masa cuti dengan merancang sesuatu untuk menghadapi tahun 2010..tahun yang ana inginkan kepuasan dalam hidup ana..Tau apa ana eksperimenkan?? Pasal tidur..resultnya..ana kena at least 3jam..thats quite enough for people like me..

Umumnya,kebanyakan berpendapat setiap orang memerlukan tidur antara 6-8 jam setiap hari..Namun sebenarnya kuantiti tidur setiap manusia itu berbeza..Tidur yang bertujuan untuk beristirahat bergantung kepada usia, jenis pekerjaan dan keadaan setiap individu. Bagi orang yang bekerja manggunakan akal fikiran memerlukan lebih banyak tidur berbanding mereka yang bekerja menggunakan fizikal.Kanak-kanak pula memerlukan tidur yang cukup untuk proses kehidupan yang bakal mereka tempuhi..Itulah sebabnya time kecik-kecik dulu kita disuruh tidur awal..tapi xnak..sekarang baru la rasa betapa nikmatnya kalau kita dapat tidur awal..haa,baru tau..

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud
“Daripada rahmat-Nya (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur."
(Surah al-Qasas)

Dunia kita telah Allah bahagikan kepada 2 fasa..malam dan siang..dan malamnya untuk kita berehat..Cuma apa yang ana ingin tahu berapa tempoh yang badan ana perlukan untuk berehat..Ya,cam sahabat ana cakap biological clock dalam badan ana meminta untuk dibelai dan tidur merupakan hak badan,so,agak zalim kalau ana tidak memberikan kepada yang berhak.. Then,resultnya,sekurang-kurangnya 3jam ana perlu tidur pada waktu malam sebagai memenuhi tuntutan badan..result nie sebenarnya bertepatan dengan pendapat seorang saintis Barat,Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.Hehe,,sama la kita..ada harapan ana jadi doktor nanti..InsyaAllah..

Sebenarnya terdapat banyak pendapat mengenai kuantiti tidur yang juga akan mempengaruhi kualiti tidur seseorang..ana kalau ikutkan hati nak je ikut pendapat yang menyatakan kena tidur lapan jam..waa..memang puas..tapi sekarang bukan lagi masa untuk amsa itu dihabiskan dengan tidur..hidup ini memerlukan pengorbanan..xleh main-main..so,terpaksa minimumkan waktu tidur.. InsyaAllah,kalai umur ana panjang,tua-tua nanti ana nak redeem blek masa tidur ana..hehe..

Ok,let me share with you somethings about sleep:

Malam hari adalah waktu terbaik untuk tidur. Mesti la malam ka..?? Xkan nak jadi kelawar tidur siang malam merayau..Ini fitrah manusia.. Menurut pendapat ulama dan pakar perubatan, waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10.00 malam. Manakala waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas Subuh hingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak. Menurut mereka lagi, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya. Sebagai contoh yang biasa kita dengar, jika tidur selepas solat Subuh, orang tua mengatakan bahawa rezeki lambat dan susah untuk hadir. Ada logiknya jugak,sapa yang awal cari rezeki dia la yang dapat dulu..btol kan..??

Antara sedar atau tidak, tidur sebenarnya mempengaruhi metabolisma dan merangsang daya penyerapan. Oleh hal yang demikian itu, banyak tidur juga tidak sihat untuk tubuh badan. Ini kerana tubuh kita menyerap wap-wap kotor di udara. Jumlah tidur yang banyak bukan menjadikan kita lebih bersemangat, malah menjadikan tubuh kita lemah. Mereka yang banyak tidur akan mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kemalasan dan kelalaian. Menurut hukum juga, tidur yang banyak hukumnya adalah makruh di sisi Allah.

Contoh tidur yang terbaik ialah sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda biasanya masuk tidur tidak terlalu malam, kemudiannya bangun beberapa minit setelah lewat tengah malam untuk melakukan sembahyang solat sunat Tahajud dan berehat sementara mengunggu fajar menyingsing untuk solat Subuh.

Satu perkara yang amat sinonim dengan tidur adalah solat Tahajud. Solat Tahajud adalah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya lewat tengah malam. Solat ini juga dikenali sebagai solat malam. Pendapat ulama mengatakan bahawa solat Tahajud boleh menjauhkan panyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat daripada tidur malam.

Dari segi posisi tidur, cara berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat. Ini kerana cara demikian akan menekan atau menyesakkan tulang punggung, bahkan ia kadangkala menyebabkan kita ingin ke tandas. Tidur secara menelengkup pula tidak praktis untuk pernafasan. Tidur pada posisi mengiring ke kiri juga akan mengganggu kesihatan kita, kerana menghimpit jantung sehingga peredaran darah tergangga dan mengurangi alirah darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi sedih atau buruk. Posisi tidur yang terbaik adalah mengiring ke kanan atau menghadap kanan.

Perlu kita ketahui dan ingat, sehubungan dengan fenomena tidur ini, iaitu jika terdapat suatu keinginan dan niat di dalam fikiran sebelum tidur, maka hal-hal tersebut akan meresap di dalam alam bawah sedar kita sepanjang malam tanpa disedari akan mempengaruhi fikiran dan tindakan kita. Sebagai contoh, jika seorang anak kecil tertidur dalam keadaan menangis, maka pada umumnya ketika anak itu bangun, dia akan menangis lagi. Jadi, emosi sebelum kita tidur akan mempengaruhi apa yang akan kita alami di dalam mimpi.

Rasulullah s.a.w menggesa umatnya untuk membaca dan merenungkan ayat-ayat al-Quran, iaitu ayat Kursi, dan tiga surah terakhir daripada al-Quran sebelum tidur. Mungkin ada yang tersalah anggap dengan mengatakan bahawa ayat-ayat itu sebagai jampi atau mantera, tetapi sebenarnya dibaca untuk kita mengingati Maha Pencipta. Ayat-ayat tersebut lebih kepada bicara mengenai keagungan dan keindahan sifat Tuhan. Merenungi sifat-sifat ini akan membantu kita dalam proses pembersihan rohani serta mendapat perlindungan Allah s.w.t terhadap segala godaan syaitan dan hal-hal yang merugikan.

Rasulullah s.a.w memberikan contoh yang baik untuk tidur dengan doa-doa yang lengkap. Tidur itu sendiri sebenarnya mempunyai adabnya yang berlandaskan ajaran Islam, antaranya ialah:

a) Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w membenci untuk tidur sebelum Isyak.

b) Berwuduk sebelum tidur. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat.”

c) Mulakan tidur atau baring atas rusuk kanan sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada al-Barra´: “Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan.”

d) Jangan tidur dengan cara meniarap atau menekan perut kerana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.”

e) Amalkan membaca doa-doa tidur sebelum dan sesudah bangun dari tidur seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Subhanallah, tidak terfikirkah kita, sehingga ke aspek tidur sekalipun Islam ada menggariskan cara yg terbaik.Islam itu syumul..Alangkah untungnya kita diberi nikmat Islam.

Comments

  1. mmm...ilmu yg bgus utk diketahui..bgus2..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. to nurul asyiqin:
    alhamdulillah...

    to islamic gurl:
    hehe..berjaya gak la..
    bpe hari kantoi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?