Dilema Seorang Da'ie

Amirul melabuhkan badannya ke tilam setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan homework yang harus disempurnakan sebelum esok. Selesai saja tugasan yang diberikan, Amirul terpaku seketika mengenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Sebelum Subuh lagi Amirul bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke masjid setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik dorm je la. Boleh landing kejap sebelum ke mandi.."


"Amirul...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur gurunya, Cikgu Amira. Mata Amirul cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Cikgu Amira", getus hatinya. Amirul membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Cikgu tersebut meneruskan pengajarannya walaupun mata Amirul masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.

Masa berlalu sehingga waktu rehat..Alhamdulillah,memandangkan wang kiriman baru sahaja sampai semalam,dia masih berkecukupan untuk menjenguk sebentar kantin sekolah..mencari sesuatu yang bersesuaian dengan seleranya(walaupun harganya tidak setanding kualitinya..hehe)..Ah,nasi goreng pon boleh la.. Usai urusan di kantin..Amirul melangkah kembali ke kelas dengan semangat berkobar-kobar ingin belajar(ye la tue)..Sebaik sahaja dia ingin duduk,dia terpandang nota berupa kertas oren yang ditampal di atas mejanya.. "Salam~ Asiftu kalau ganggu anta..Petang nie ada meeting di bilik PP sekolah..leaps sekolah..-ibnbakr-" Begitulah pesanan yang tertulis dari kawan "bos"nya. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, petang ni meeting pulak", tambah hatinya.

Selesai kelas,Amirul membelek buku catatannya.."Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Rabu, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan "bos" malam nanti?" tanya hatinya. Dia bertanggungjawab ke atas kem Ibadah yang akan bermula tidak lama lagi.Mahu tak mahu Amirul terpaksa meyakinkan ketuanya pada mesyuarat petang tersebut.Selesai meeting,dia segera bilik komputer yang disediakan khas untuk pelajar bagi menyiapkan kerjanya.. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. Ah,tidak beriadah lagi dia petang nie..

Setelah dua hari setiap petang berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah..." syukur Amirul padaNya kerana memudahkan urusannya. Amirul cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Keesokannya,selesai solat Zohor, Amirul bergegas ke kelas untuk menyambung pembelajaran sesi petang. Dengan macho ia masuk ke kelas. Belum sempat Amirul duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, Cikgu Amira masuk ke kelas..Selesai ucapan salam dan bacaan doa..Spontan keluar dari mulut Cikgu Amira "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Hilanglah macho Amirul apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.

Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah dengan Ustaz Rosli. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!". Amirul tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut: "Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Ustaz Rosli tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Gagal nanti kamu jugak yang susah." Walaupun sedang dilema, Amirul meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.

"Amirul mesti istiqamah dalam perjuangan...", kata Ustaz Rosli setelah Amirul mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi. "Tapi Ustaz, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Amirul. "Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya", jawab Ustaz Rosli. "Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama kamu mengelamun dan termenung panjang?Berapa lama bermain ? Berapa lama makan di kantin dan dewan makan?" tambahnya.

"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Amirul pasti ada masa untuk study", tegasnya. Lantas Pak Cik berpesan kepada Amirul sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak." Amat tepat sekali jawapan Ustaz Syukri kepada Amirul dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.

Namun, Amirul bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Ustaz?". Dengan selamba Ustaz Rosli menjawab: "Ustaz la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain ustaz tak tau...", sambil senyum meleret pada Amirul sambil ternampak gigi. "Terima kasih atas nasihat ustaz", kata Amirul sambil tersenyum. Amirul pulang bersama mutiara berharga dari Ustaz Rosli yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... AKADEMIK semasa belajar dahulu.

"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita."




________________________________________________________

Watak yang digunakan tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati..hehe..
Sori la kalau sesapa terasa..
Sedikit pengajaran yang ana nak kongsikan bersama dari cerpen nie..
Kita kena seimbangkan semuanya dalam hidup kita..agama,study dan ukhuwah..
Allah akan tolong setiap hambanya yang menolong agamanya..itu yang kita kena yakin..
But then,kita still kena berusaha..
Usaha+doa+tawakal..
ramuan penting penentu kejayaan..(^_^)

Comments

  1. tanx for ths new post,,really hit me..
    but then mmg ade pngjrnnya yg ana dpt,,
    smg anta dpt sahamnyer..insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Adeyh..
    jgn terasa sangat..
    ana x maksudkan anta..
    but then,pengajaran utk kita semua..
    am i right..??
    Sje guna nama anta..bez sket..
    cikgu dy pon ok gak kan..?? Hehe..

    ReplyDelete
  3. salam..hurm..seronok ar..
    ade kene..n mengena dlm cerpen anta nih...ana sokong tol penggunaan karektor guru n dai'e tuh..tak gitu arm?!heheh..gurau jek..

    -------SEPI TANPA DAKWAH-------

    ReplyDelete
  4. tq..mmg bg pngajarn..smg dpt b'hjrh ke arah yg baik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?