Hari Kemuncak Ihya' Ramadhan Smap Kajang

Sebelum persiapan

Alhamdulillah.. aktiviti untuk bulan Ramadhan di Smap Kajang tahun ini agak meriah.Sebenarnya ana dah agak kelam kabut menguruskan hal tadarus.Alhamdulillah.,sumenya berjalan dengan lancar. Majlis Khatam Al-Quran telah selamat dilaksanakan,dengan bantuan guru2 Panitia Pendidikan Islam. Ramadhan tahun nie merupakan antara Ramadhan yang bertuah untuk diri ana..banyak pengalaman baru yang ana peroleh.. pengalaman mematangkan fikiran bukan..??

Ibnbakr :)



-sampul duit raya-

Nie sume pictures untuk Majlis Khatam Al-Quran.Tahun pertama ana terpilih sebagai peserta khatam.Pengalaman yang agak menyeronokkan.Majlis ini diketuai Ustaz Wan Noh.Majlis ini berjalan seperti biasa seperti tahun-tahun sebelum ini. 

Part yang paling menyeronokkan ketika upacara penyampaian hadiah.Alhamdulillah,rezeki ana tahun ini agak murah.Ustaz Syukri buat kuiz spontan,dibacanya satu ayat Al-Quran dan suruh pelajar sambung ayat tersebut.Kebetulan ayat itu ana pernah hafal.Lama ana tunggu,tp tiada sesiapa yang bangun untuk menjawab.So,ana ke bangun melangkah ke hadapan.Hadiah dan sedikit sagu hati dari ustaz bertukar tangan.. :)

Usai majlis khatam Al-Quran,pelajar dan guru-guru terus bersedia untuk berbuka puasa.Iftar kali ini paling meriah.Dengan juadah agak banyak dan ditemani guru-guru.

Kemudian,diteruskan dengan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh ex-smap,Ustaz Husni.
(cuba search Ustaz Husni,dah macam artis dah beliau ni :)

Then majlis diteruskan dengan Qiamullail Perdana. :)

Anyway,moga kita semua mampu menjengah kembali Ramadhan tahun hadapan dan moga Ramadhan yang bakal berlalu meninggalkan kita memberi seribu makna terindah dalam hidup kita..


Comments

  1. eit~wafi..gambar2 tu, credits to me!!hahaha

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..bagusla...carila pengalaman sebanyak mungkin d bumi smapk...bumi yg mentarbiyah kiter b4 kua ke dunia y lbh mencabar nt...rindu kan suasana smpak :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar Perlu Berguru

Umur bertambah,Usia berkurang

Mengapa wujud istilah bosan?