"Berkawan" untuk Membimbing...
Ana pernah diminta memberi pendapat or maybe boleh gak dikatakan bantuan mengenai soal "berkawan" untuk membimbing..nie soal jantina yang berlainan.. So,untuk dapatkan kepastian,
ana tanya orang yang pakar..ini jawapannya..
Pendapatnya...
Dia berpendapat bahawa tidaklah menjadi kesalahan bagi seorang perempuan untuk bersahabat dengan seorang lelaki; demi menyerunya ke jalan kebenaran. Namun, situasi yang lebih afdhal semestinya da'wah sesama gender. Persoalan suasana da'wah mana yang lebih berkesan; dua-dua boleh jadi sangat efektif. Tetapi persoalan yang timbul; apakah implikasi dari usaha da'wah tersebut:
1. Dalam kebanyakan kes, dua individu (lelaki dan perempuan) saling berkawan 'atas nama da'wah' adalah kerana masing-masing suka sama suka, lalu menginginkan pasangan mereka berubah menjadi lebih baik. Lalu risiko yang terhasil ialah; pasangan berubah atas kehendak pasangannya.
Bagaimana jika satu hari nanti kisah 'cinta' pasangan ini tidak menjadi? Adakah pasangan yang mengubah dirinya demi pasangannya akan terus tetap memilih perubahan yang dialami; atau kembali ke zaman 'jahiliah'? Walaupun ada yang mengatakan bahawa pasangan boleh menjadi asbab pada pengislahan diri semata-mata kerana Allah Ta'ala; hakikatnya tidak semudah itu, apatah lagi bagi pasangan yang masih belum menikah. Justeru, tidak ada jaminan dalam hubungan mereka.
Seperkara lagi; penangan putus cinta amat dahsyat kesannya sehingga mampu membuat seseorang itu hilang pertimbangan dan bertindak di luar kawalan. Ada yang sampai sanggup untuk lari dari ketetapan agama.
2. Ada pun jika perempuan dan lelaki tersebut benar-benar hanya berkawan; dikhuatiri interaksi yang terlalu kerap bakal menumbuhkan perasaan suka di dalam hati. Benar, sememangnya jatuh cinta itu adalah fitrah manusia, namun yang menjadi tanda tanya; bagaimanakah cara perasaan cinta itu disalurkan.
Maka, demi menjaga hati individu yang berperanan sebagai da'i untuk memikat hati mad'u, cuba elakkan da'wah fardiah secara silang jantina. Ini penting demi memelihara kredibiliti seorang pendakwah.
3. Lelaki dan perempuan diciptakan dengan bermacam perbezaan; khususnya dari aspek fizikal. Jauhari lebih mengenal manikam; lelaki lebih kenal akan kaumnya sendiri.
Pada peringkat awal ketika 'si dia' ingin berubah, kamu digalakkan untuk membantu dia. Ini kerana mungkin pada awal waktu sebegitu, 'si dia' hanya percaya atau thiqah pada kamu. Ambil masa ini untuk bina keyakinannya; agar 'si dia' sedar bahawa keperluan untuk berubah menjadi lebih baik itu adalah kerana Allah Ta'ala semata-mata, bukan lantaran rasa sayang terhadap kamu saja. Itu boleh menjadi asbab, tetapi dikhuatiri bahawa akan memberi kesan.
Bayangkan; 'si dia' berubah kerana kamu. Bagaimana jika 'si dia' dan kamu tiada jodoh. Adakah 'si dia' akan terus berazam untuk menjadi baik, atau akan bertukar menjadi seperti dulu?
Maka, demi kemaslahatan kedua belah pihak; elakkan dari berinteraksi terlalu kerap. Allahu Ta'ala a'lam.Moga-moga membantu!

Tetapi, bagaimana jika si perempuan tetap mahu berda'wah pada lelaki tersebut?.
Pada peringkat awal ketika 'si dia' ingin berubah, kamu digalakkan untuk membantu dia. Ini kerana mungkin pada awal waktu sebegitu, 'si dia' hanya percaya atau thiqah pada kamu. Ambil masa ini untuk bina keyakinannya; agar 'si dia' sedar bahawa keperluan untuk berubah menjadi lebih baik itu adalah kerana Allah Ta'ala semata-mata, bukan lantaran rasa sayang terhadap kamu saja. Itu boleh menjadi asbab, tetapi dikhuatiri bahawa akan memberi kesan.
Bayangkan; 'si dia' berubah kerana kamu. Bagaimana jika 'si dia' dan kamu tiada jodoh. Adakah 'si dia' akan terus berazam untuk menjadi baik, atau akan bertukar menjadi seperti dulu?
Kembali pada cadangan saya; sehingga tiba pada satu waktu, sebolehnya rujuk 'si dia' kepada individu yang lebih arif; yakni golongan agamawan yang sama gender. Ini adalah penyelesaian yang terbaik, untuk mengelakkan ikhtilat melampau antara kamu dengan 'si dia'. Hati manusia, siapa yang mampu menduga. Mulanya berpaksikan niat untuk berda'wah, namun godaan Iblis tetap berkunjung. Jangan sampai dua-dua hanyut.
Maka, demi kemaslahatan kedua belah pihak; elakkan dari berinteraksi terlalu kerap. Allahu Ta'ala a'lam.Moga-moga membantu!
spe la yg pakar tu yek~
ReplyDeletebtw..nice post! kne ngn mase!
Hehe..
ReplyDeletememang kne dengan masa..
harap2 xde yang terasa arr..
ive been waiting for this post..nice one,dude..
ReplyDeleteWaiting 4 this post..??
ReplyDeleteX ksahla..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletenak dengar gak arr...
ReplyDeletehahah..maybe ana lewat sikit..ni pun datang nak tinjau2 timba ilmu..huhu..bagus post nih..mm..banyak manfaat..ana harap klu bende nih berlaku..harap insan tersebut baca..kalau ada..ade ker?!hahaha..ok..salam alaik..
ReplyDelete