Yang ada ini, sudah harapan kita.

“Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. ” Kata-kata di atas merupakan petikan daripada khutbah terakhir Rasulullah S.A.W. Baginda tinggalkan sumber bekalan sepanjang zaman-Al-Quran dan As-Sunnah-sebagai panduan dan pedoman hidup kepada umatnya yang sangat Baginda cintai. Ingatan dan kasih baginda pada umat-umatnya tidak pernah luntur padam. Hatta sampai akhir nafas baginda sekalipun baginda masih mengenangkan umatnya. تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا لَنْ تَضِلُّ بَعْدَهُ اِنْ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ كَتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ رَسُوْلِهِ ...