Media oh Media
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” [al-Hujurat 49:6] =================================== Seriously,ana tidak pernah berniat nak menceburkan diri dalam bidang politik.Tapi tidak bermakna ana buat endah tak endah je dengan isu politik tanah air.Kalau kat sekolah dahulu,memang tak berminat sangat,sebab banyak lagi benda yang lebih penting ana kena buat. Tapi kat sekolah dahulu,memang otak kami kebanyakannya pro-pembangkang[ pro-pembangkang tidak bermakna kami anti-kerajaan ] :) Tapi bila dah tidak ada tanggunggjawab yang khusus macam sekarang,ana cuba melihat politik sebagai satu aspek yang cukup penting.Lagipun,tinggal beberapa tahun sahaja lagi sebelum ana layak memilih pemimpin