Posts

Showing posts from February, 2010

Sombongkah aku..??

Image
Allah berfirman di dalam kitabnya..   " Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri terhadapnya, mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. " (Al-A'raaf (7) 36). Aduhai..sombong betul manusia...takbur,angkuh..kesalahan mengungkap nikmat yang diberikan oleh Allah SWT melahirkan rasa sombong dalam diri. Sejarah sendiri telah merakamkan kesombongan seorang manusia bernama Qorun, yang diberi kenikmatan berupa harta yang melimpah ruah. Ternyata nikmat itu tidak menjadikan Qorun sebagai manusia yang bersyukur, sebaliknya menjadi orang yang sombong dan bongkak. Akibatnya dia dibinasakan oleh hartanya sendiri. Semuanya dengan kekuasaan Allah. " Maka kami benamkan Qorun berserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolong terhadap azab Allah.... " (Al-Qasos (28):8). Seorang yang cukup berpengalaman tentang wanita, ketika ditanya tentang ciri-ciri wanita yang palingtidak disukai telah menj...

Aduhai Valentine..

Image
Assalamualaikum..moga hari ini lebih baik daripada semalam..aduhai..bangun pagi, baru ana perasan..hari ini dah masuk 14 haribulan..masa berlalu dengan pantas.. Ada lebih kurang sepuluh purnama lagi..sebelum tiba saatnya dewan Nik Mahyuddin menjadi saksi (insyaAllah) kejayaan pelajar Smap Kajang..Aduhai.. Tapi ana perasan gak..hari nie tentunya menjadi hari yang "istimewa" buat pasangan-pasangan kekasih..pastinya hari ini dinanti-nanti..Kononnya hari paling agung dalam percintaan mereka..Ya,hari untuk saling mencintai..Valentine, hanya mengubah hati menjadi hitam.. Perayaan yang datangnya daripada orang agama lain, akhirnya diikuti oleh masyarakat sedunia. Hakikatnya,apa sebenarnya Valentine Day?? Hari Kekasih yang diagung-agungkan tanpa usul periksa..?? iluvislam Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan " supercalis " bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan ya...

Maksiat..?? Fikirkanlah...

Image
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya. " Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya ! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut...

Dari Kacamata Al_wafi : Isu Liwat

Image
mm..camne nak cakap ek..?? Dalam isu nie,ana xnak tuduh mana-mana pihak yang bersalah.. Ana tidak tahu siapa yang mengfitnah dan siapa yang sedang difitnah..dan tidak dapat juga dipastikan apakah ini satu konspirasi yang sedang dirancang..dengan tujuan ingin menjatuhkan imej serta maruah seseorang.. Moga Allah tunjukkan kebenaran.. Tapi,sepanjang pembacaan ana dalam surat khabar kat sekolah,ana sedikit rasa kesal dan tidak puas hati sedikit dengan surat khabar tue..terlalu berat sebelah dan pilih kasih dalam isu nie..nie sume melalui pemerhatian ana la..memang susah nak terima semua yang diberitakan dalam paper tue..nampak sangat sengaja mahu menuduh sebelah pihak...terlalu pro kerajaan sehingga berusaha mengaburi mata rakyat..aduhai.. Ye la..kadang-kadang tagline surat khabar tue mengelirukan..boleh ana katakan sengaja dikelirukan.. Pastu dalam kes nie,jelas yang kalau gambar tertuduh dan pendakwa terlalu kontra.. Gambar tertuduh sengaja diletakkan gambar yang kalau orang yang ba...

Lagi Fitnah Terhadap Tok Guru

Image
Aduhai.. bila teknologi disalahgunakan,camnilah jadinya..ana x paham btol manusia zaman sekarang..disebabkan tidak sehaluan parti,sanggup ulama' dihina dan difitnah sedemikian rupa..http://jeffrydamien09.blogspot.com/...semoga blogger nie dapat hidayah daripadaNya.. Kata Tok Guru,beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai perlakuan tersebut sekiranya tiada orang berbuat demikian. Namun beliau amat berterima kasih kepada pihak yang telah terlebih dahulu membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut. “Saya ucap terima kasihlah kepada pihak yang membuat laporan polis terhadap perkara itu,” katanya selepas majlis penyampaian cek Takaful Kifaalah kepada 2,040 wasi di Dewan Majlis Daerah Machang, di sini hari ini." Blog nie menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar dengan aksi liwat.Ya Allah..x paham tol dengan manusia nie..Alhamdulillah,seorang bekas pegawai tentera membuat satu lap...

Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar

Perkara : Watikah Pelantikan Majlis Pemimpin Pelajar Tarikh   : 25 Januari 2010 Tempat : Dewan Besar Nik Mahyuddin Wan Musa _______________________________________________________ Kami Pemimpin Pelajar bagi sesi 2010, berikrar akan taat setia pada organisasi kami, menghormati guru-guru,warga sekolah, dan seluruh pimpinan kami, secara profesional,dinamik dan realistik Bahawasanya kami, akan berusaha sedaya upaya, mengejar ilmu pengetahuan yang berguna, dan sentiasa memelihara martabat SMAPK. Bahawasanya kami, akan melaksanakan tugas kami, dengan penuh dedikasi,iltizam dan istiqamah, InsyaAllah.. _____________________________________________ Itulah ikrar pemimin pelajar SMAP Kajang.. InsyaAllah lafaz yang ikhlas dari hati pemimpin-pemimpin masa hadapan.. Amanah..maybe kemuliaan di dunia,namun boleh jadi kecelakaan seta kehinaan di akhirat kelak,sekiranya tidak dilaksanakan selayaknya..moga-moga amanah yang digalas mampu dilaksanakan sebaiknya..InsyaAlah....

Langkahku...

Image
Semalam aku kelukaan, Kecewa kehampaan, Mencalar ketabahan, Mimpi yang seringku harapkan menjadi kenyataan Namun tak kesampaian, Allah… Inginku hentikan langkah ini Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan Semangat tenggelam lemah daya, Haruskah aku mengalah namun jiwa Ku berbisik inilah dugaan Dan langkahku kini terbuka Pada hikmah dugaan uji keimanan Tak dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan Allah… Pimpini diriku, Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini Cekalkan hati dan semangatku Kurniakan ketabahan........ Agar mimpi jadi nyata.. padaMu ku meminta Dan ku mohon agung kudratMu Wahai Tuhan Yang Satu Segalanya dariMu ___________________________________________ *Herm..cekalkan hatiku ya Allah.. hati ini sering berbisik.. mengeluh lelah.. Izinkan aku terus berdiri.. dalam usaha melaksanakan amanah yang kau beri.. Izinkan aku..