Posts

اِهْدِنَا الصِّرَاط الْمُسْتَقِيم

Image
Memang benar, tidak semua jalan menuju ke syurga.  Hidup ini mengajar saya untuk tidak hanya mengharapkan supaya berada di jalan yang benar. Kerna itu masih belum cukup. Doa saya dalam hati, mudah-mudahan masih dikarunia kudrat; mengangkat kaki untuk terus tetap kuat melangkah - thabat. Perit membayangkan melihat Syurga (yang tidak terbayangkan) dari jauh - di hujung jalan - tetapi hanya mampu berdiri tegak melihat - tidak bergerak.  Hidup ini juga seakan-akan cuba memberitahu bahawa jalan yang benar, tidak semestinya lurus. Kerna di hujung perjalanan sebelum berjumpa dengan Tuhan, kita akan menemui liku-liku kehidupan yang penuh dengan penipuan. Kerna itu walaupun dunia ini sederhana kecil, perjalanan tetap terasa panjang dan memenatkan. Bahkan terkadang menyakitkan. Doa saya juga dalam hati, selain pohon rendang tempat berteduh; menyeka lelah tak sudah, ada yang sudi menghulurkan tangan membimbing kembali ke pangkal jalan. Kerna antara bukti rahmatNya T...

on fire

Image
"Ambil barang-barang yang abah longgok dekat sana, buang dalam api tu." "Kalau kita simpan je tak boleh ke? Sayangnya nak bakar."  "Dah tak guna nak simpan buat apa. Menyemak je. Nanti kita ganti dengan yang baru. Cepat masukkan dalam api. Lambat nanti susah nak marak api tu." ****** Satu hari nanti, hamba-hamba Dia yang tidak berguna, akan menerima nasib yang sama.

kepada pemeluk teguh

Doa Kepada pemeluk teguh Tuhanku Dalam termangu Aku masih menyebut namamu Biar susah sungguh Mengingat Kau penuh seluruh CayaMu panas suci Tinggal kerdip lilin di kelam sunyi Tuhanku Aku hilang bentuk Remuk Tuhanku Aku mengembara di negeri asing Tuhanku Di pintuMu aku mengetuk Aku tidak bisa berpaling (Chairil Anuar, 1943)

hebat ke?

short reminder for myself. dan alang-alang kalian juga baca, it should be reminding you too right? Saya taknak berceloteh dalam facebook, risau kena reply komen banyak-banyak. Buang masa juga, exam nak dekat. Kerja-kerja lain as a result of procastination (at its best) ada la juga yang berbaki. Jadi itulah, tak boleh nak sembang panjang sangat. Soal ini timbul lama dah, seawal saya jadi mahasiswa lagi (gebang je, 2 tahun dulu takde la lama sangat). Waktu itu, semangat mahasiswa itu boleh dikatakan berapi-api la juga. Bersemangat itu ini. Kalau boleh, semua benda nak ambil tahu.Ye lah, 'MAHA'siswa kan? Mana boleh duduk terkurung dalam bilik je. Tapi betullah, api yang tak terkawal boleh membakar. *cis apa aku mengarut ni* nak pesannya sikit je actually. Jangan mudah merasa gah dengan ideologi-ideologi lain - sekularisme, pluralisme, teologi etc. Saya jadi risau kalau kita terburu-buru belajar ideologi lain sedangkan teras mengenai Islam itu sendiri terl...

Introspeksi (3)

Image
Sebab itu, orang Cina selalu sebut (peribahasa Cina sebenarnya) : ‘When the wind of change blows, some build walls, while others build windmills.’ Mudah cerita, kalau jatuh (terjatuh?) dalam longkang, nak terus tertiarap dalam air kotor yang membusuk? Haah, tak. Bangun. Bersihkan diri. Yang berlama-lama dalam longkang hanya orang yang sudah mati.  

hamba

Image
Katakanlah kamu (yang sedang membaca) seorang kaki bola. Makan bola. Minum bola. Tidur bola. Semua bola. Tiba-tiba satu hari, terserempak dengan kawan lama di luar stadium. “Eh ‘hamba bola’! Lama tak nampak, mana tercampak?” Hamba bola? Agak-agaknya apa perasaan kita ketika itu? Kecil hati? Buat muka tak kenal? Atau nak balas semula: “Eh engkau sejak MU bawah Moyes ni lama tak tweet #GGMU ? ” *** Katakan pula, kisah seorang lelaki lain. Bukan kaki bola, tapi kaki wanita. (Tak. tak. Jangan bayangkan diri kalian kaki wanita.) Mata keranjang. Pantang nampak perempuan cantik pasti mahu diayat, mahu digoda. Lelaki lain sembang bola, dia sembang pasal wanita. (sudahlah tak hensem mana. eh) Dengan perangainya yang sebegitu, mahu dia terima kalau tiba-tiba ada yang memanggilnya: “Wahai ‘hamba betina’!” Boleh bawak gaduh. Walhal setiap saat hidupnya wanitalah yang dipuja. *** Tapi. Katakanlah kalian seorang lelaki biasa. Dari zaman u...

Introspeksi (2)

Image
Teringat saya ketika kecik-kecik dahulu. Ummi dan abuya tidak benarkan menonton tv hingga lewat malam, apatah lagi bermain game di laptop atau komputer rumah. Tak boleh. Lagi pula game-game itu bukan ummi dan abuya yang beli, tapi kami sendiri yg pandai-pandai 'seludup' masuk dalam rumah. Tapi kami (saya dan adik beradik) degil. Kami main juga ketika ummi dan abuya tidur waktu malam supaya tidak dimarahi. Kami main selalunya tidak lama. Kerana apa? Sebabnya ummi/abuya pasti akan bangun ketika kami sedang main, untuk tahajjud. Kadang-kadang kami kantoi, kadang-kadang kami sempat berpura-pura tidur. Mujur juga. Berada jauh di perantauan sekarang, gambar ini sentimental juga pada saya. Saya yakin ummi dan abuya masih tetap istiqamah seperti dahulu, cumanya anaknya ini, apakah dia masih degil seperti waktu kecilnya? Moga sahaja saya (kita) sudah tidak lagi degil seperti dahulu. Ya Allah, peliharalah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka memelihara kami (dengan...