Posts

Showing posts from December, 2011

Perubahan : Menjadi lebih baik dan sentiasa baik.

Image
Memang  fitrah manusia,imannya turun dan naik.Tidak sentiasa meningkat,dan tidak juga selalu menurun.Dan kerana itulah,manusia itu sentiasa berubah-ubah kelakuannya dan sentiasa ingin berubah.Tidak tetap. Perubahan itu merupakan satu penghijrahan. Dan penghijrahan itu memerlukan pengorbanan. Dan pengorbanan itu merupakan salah satu ujian dari Tuhan. Sungguh,yang namanya perubahan,yang namanya penghijrahan dan satu pengorbanan itu bukan sesuatu yang mudah. Tapi percayalah,susah tidak pernah memberi makna mustahil.Tidak pernah. Azam=Niat=Kuasa Dalam matan arba’in(Hadis 40),hadis yang pertama membahaskan soal niat. Kenapa?  Mengapa dalam banyak-banyak hadis baginda,hadis membicarakan soal niat dititikberatkan oleh Imam Nawawi dan diangkat sebagai hadis pertama untuk diperbincangkan? Kerana sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat.Kerana sesungguhnya niat itu  merupakan penguat sebuah i’tiqad . Begitu jugalah kaifiatnya dalam mengatur perub...

Menjiwai watak seorang Hamba.

Image
Kurnia kami cahaya kefahamanMu. Buat pembuka bicara,ana kongsikan video trailer filem “Hafalan Shalat Delisa” ini. Menginsafkan.Dan perlahan mutiara air mata itu mengalir.Sekali lagi. Ini bukan kisah biasa.Ini kisah seorang hamba. Hamba Allah yang bertubuh kecil,namun mempunyai jiwa yang cukup besar. Di sebalik watak Delisa,gadis kecil yang berusaha menghafal bacaan-bacaan di dalam solatnya,terselit mesej-mesej yang cukup bermakna,memberi erti kehidupan sebenar sebagai seorang hamba bagi mereka yang terus berusaha.Erti keikhlasan,erti kesungguhan. Ini kisah seorang budak kecil.Ya,Delisa masih kecil.Masih belum cukup dewasa untuk memahami setiap aturan Ilahi. Kita ini bagaimana? Astaghfirullahal ‘azim. Soal hati,tanya diri. Kita tahu,tapi kita tidak sedar.Kerana kita tidak faham. Ana ingin kongsikan sebuah cerita,untuk pencerahan kepada diri sendiri dan para pembaca; Mengisahkan seorang tukang kayu yang membuat keputusan untuk berhenti...