Ibnbakr | A Doctor-To-Be |
Assalamualaikum warahmatullah :) Tajuk entri ini,ilham semasa dalam bas sewaktu perjalanan pulang dari kolej tadi.Tidak bermaksud untuk meletakkan pengharapan yang tinggi untuk mendapat title "Doctor",tapi lebih kepada satu doa yang tulus dari seorang hamba,dengan minda yang cukup positif dan optimis :) Dengan harapan setiap pembaca yang membacanya,dinisbahkan sebagai doa,yang ana kira sebagai satu rahmat untuk diri ini sebagai seorang blogger :) Sebenarnya,ana tidak berniat untuk menulis panjang-panjang atau apa-apa yang berkaitan dengan kedoktoran,tetapi entri ini sebenarnya lebih bersifat selfish (mungkin),kerana apabila antum pembaca sekalian yang ana hormati membaca tulisan ana kali ini,sudah cukup untuk mendoakan kejayaan ana menjadi seorang doktor kelak,InsyaAllah. Doakan kejayaan kita semua sebagai hamba.. Doakan kejayaan kita semua sebagai khalifah.. Doakan kejayaan kita semua sepanjang berada di bumi Allah :) p/s: Ana cadang untuk update blog ini denga...