present = present
Aku tenung satu-satu gambar wajah insan-insan mulia dalam hidup aku. Andai sahaja ada suatu tempat yang lebih hebat daripada syurga, aku mahu mereka berada di sana-berbahagia. Sebolehnya, aku mahukan yang terbaik buat mereka, sebagaimana bersungguhnya mereka mahukan yang terbaik buat aku. Teringat aku pada peristiwa di masjid seusai solat jumaat yang lalu, seorang pakcik yang sudah agak berusia yang aku bantu tuntun tangannya sewaktu menuruni tangga. Sebelum berpisah, dia tersenyum lebar sambil menepuk bahuku seraya berkata : "Shidda hiilak!" dan suaranya seakan-akan bergema : "Shidda hiilak, shidda hiilak, shidda hiilak!" Pelupuk jiwa aku terbuntang mendengar kata-katanya. Jiwa rasa bahagia semena-mena. Present = Hadiah. Pada aku, insan-insan mulia ini merupakan hadiah terbesar untuk aku. Aku teringat ketika muda-muda (err) dahulu, aku selalu sahaja minta ummi belikan hadiah untuk hari lahir aku setiap tahun. Hari ini,...