Posts

Showing posts from August, 2012

Cerpen - Cinta buat Hidayah

Image
Buku “Fikah Perubatan” yang dipegang terlepas dari tangan. Hidayah terjaga dari tidurnya. Seraya buku yang jatuh diambil semula. Serentak dengan itu juga dia menyedari dia sudah menjadi tumpuan penumpang-penumpang lain. “Aduh, segannya. Boleh pula tertidur dalam komuter ni.” monolog hati Hidayah, malu.  Kesejukan di dalam keretapi dari Bukit Mertajam ke KL Sentral malam semalam membuatkan dirinya sukar untuk melelapkan mata.  Plannya untuk menghabiskan bacaan buku “Fikah Perubatan” juga terbantut disebabkan selalu berulang alik dari tempat duduk ke tandas, meloloskan diri daripada kesejukan yang membuatkannya tidak senang duduk.Dia hanya dapat tidur beberapa jam.Natijahnya, dia sering terlelap di dalam komuter.  Mujur masih pagi,bukan di waktu puncak.Tidaklah dia perlu compete dengan penumpang-penumpang lain bersesak-sesak masuk ke dalam komuter.Cuma kelewatannya tiba di terminal memaksa dirinya untuk terus memasuki gerabak umum,bukan gerabak khas yang disediakan khusus untu

Iluminati : Fobia ‘Dakwah’ Musuh kerana ‘Dakyah’ Sendiri.

Image
Selesai menghabiskan lebih kurang 50 video dokumentasi The Arrival lebih kurang 2 tahun yang lepas, antara ulasan awal untuk ‘pembongkaran’ dalang sebenar di sebalik kuasa besar dunia ini adalah : “Ceh,buang masa aku je usha benda ni lama-lama.Entah betul entah tidak..” “Aku juga tahu isu ni” Zaman muda-muda dulu.Fikiran pendek,tak reti nak fikir dalam-dalam,jauh-jauh. Banyaknya isu yang dibaca,kurang dikaji dengan teliti dan bersungguh-sungguh.Sekadar bahan bacaan untuk modal perbualan dengan rakan-rakan ketika waktu rehat ataupun ketika berjalan kaki menapak ke dewan makan sebelum solat Zohor. Atau sebenarnya ada mesej separa sedar kepada rakan-rakan lain bahawa “Aku juga tahu isu ni.” Tidak mahu outdated dengan isu yang menjadi bualan rakan-rakan.Tetapi sehingga sekarang,penulis tetap dengan prinsip yang sama, “Aku juga tahu isu ni” untuk sebarang cerita dan isu konspirasi.Tidaklah sehingga berusaha ke MPH ataupun Popular untuk mencari bahan bacaan cerita-cerita k