Posts

Showing posts from July, 2012

Pingat Emas Ramadhanul Kareem.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Usai solat Zohor,ana terbaca beberapa kenyataan yang membuatkan ana terfikir seketika.Ana teringat pesanan seorang ustaz semasa daurah winter musim sejuk yang lepas,apabila beliau mengupas kitab nurul 'uyun yakni sebuah kitab yang membicarakan soal Nabi Muhammad  , di akhir kalam beliau sebelum daurah tamat beliau ada berpesan : "Kita ni bukan sekadar menggalas nama sebagai umat akhir zaman,bukan sekadar memegang title Umat Nabi Muhammad,tetapi kita juga memegang tanggungjawab baginda,tanggungjawab seorang Nabi menyampaikan kesejahteraan Islam kepada semua." Mengenangkan perjuangan baginda,perit jerih baginda dan para sahabat berjuang,terasa diri ini begitu kerdil. ******* Malaysiakini : Mufti setuju atlit Olimpik tangguh puasa "Mufti Perlis Dr Juanda Jaya bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia ...

Mari bercinta.

Image
Alam itu cantik—gunung dan tasik; maya terlalu indah—laut dan mega. Lapar dan dahaga yang mengiktibar cekal dan bersih suara mengajar: Lapar kita dahaga yang menguji, dahaga kita lapar yang mengerti— ketaqwaan penuh terhadap Illahi. Puasa—musim manis, bahang menguji, angin yang santun ke pohon dakwah bergugus dan sihat buah ibadahnya. Bulan menyimpan kebijaksanaan, musim indah di taman Ramadan, menyerlahkan kemanusiaan luar biasa, menginsafi keagungan Maha Kuasa. Daun yang gugur tanah yang rekah di atas sejadah harum iklimnya; surah yang jernih dan suara syahdu terhantar ke lidah dari damai qalbu, merubah derita ke bahagia diri, membimbing hidup yang diredhai. Solat malam, zikir doa, tulus sedekah ibadah ummah, tangkai yang ketiga, mengagumi Allah Subhanahu Wa Taala. Langit beradab, kelam dan cerah datang dan pulangnya iktibar berhemah. Badik ketika murka, senyum sewaktu mesra, alam, insan khusyuk menyujud Illahi sekiblat dalam tautan kasih ...