Kerana Kewajipan Bukan Suatu Pilihan
Subhanallahu wabihamdih. Subhanallahil 'azim. Sejuk. Kedinginan suasana yang mendamaikan. "Eh,serius ke cita-cita nak jadi doktor?" Apabila sudah menjalani kehidupan sebagai salah seorang mahasiswa perubatan,baru dapat mengerti dan memahami mengapa terkadang ada pihak yang bertanyakan soalan seperti di atas.Ya,bukan mudah sebenarnya.Namun payah bukan alasannya untuk mengalah.Pantang menyerah sebelum melangkah*muka semangat ^^ Setiap hari,berkenalan dengan 'rakan-rakan' baru di dalam dewan kuliah. 'Mereka' agak ramai dengan nama-nama yang pelik dan berbeza-beza.Unik. Glycine. Alanine. Valine. Leucine. Isoleucine. Serine. Threonine. Mereka inilah antara faktor ana berusaha mengelakkan diri daripada tidak hadir ke kuliah,terutamanya atas faktor kesihatan.Ini merupakan musim sejuk ana yang pertama,jadi macam-macam kemungkinan yang boleh berlaku.Terlepas kuliah satu hal,dan tidak sihat pula satu hal yang lain...